Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebar video seks, berang pinangan ditolak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebar video seks, berang pinangan ditolak

BERANG ‘pinangannya’ ditolak, lelaki di Bandung, Indonesia, tergamak menyebarkan video hubungan seksnya dengan remaja berusia 13 tahun di media sosial.

Ketua Polis Jabar, Irjen Agung Budi Maryoto berkata, mangsa mula mengenali suspek yang berusia 26 tahun di Facebook (FB) sebelum hubungan mereka berlanjutan ke aplikasi sembang.

“Hubungan mereka terjalin atas dasar suka sama suka apabila suspek membawa mangsa ke rumahnya di Sukasari, Bandung.

“Sebaik tiba di rumah, suspek kemudian memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks, lalu mangsa setuju. Suspek pula dengan sengaja merakam aksi mereka.

“Hubungan mereka berlanjutan sehingga suspek tiba-tiba mengugut menyebarkan video hubungan intim mereka, pada April, jika mangsa enggan menikahi suspek,” katanya menurut laporan media Indonesia.

Agung berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa enggan menikahi suspek berikutan masih bawah umur.

Suspek yang berang ‘pinangannya’ ditolak, nekad menyebarkan video seks mereka sehingga ke pengetahuan pihak sekolah mangsa selain memanggil mangsa dengan gelaran ‘budak seks’.

“Sebaik video itu tersebar, guru besar sekolah mangsa yang terlebih dahulu mengetahui perkara itu melaporkan hal berkenaan kepada ibu bapa mangsa.

“Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung video terbabit,”

Berdasarkan laporan ibu bapa mangsa, polis menahan suspek yang juga penganggur itu dan suspek akan didakwa mengikut Undang-Undang Pelindungan Anak kerana melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur.



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2nuOteb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.