Hi! Welcome Back and Stay Tune! MENTERI ARAH SIASAT 3 ANGGOTA ATM MASIH JADI PENGIRING HISHAMMUDDIN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MENTERI ARAH SIASAT 3 ANGGOTA ATM MASIH JADI PENGIRING HISHAMMUDDIN

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengarahkan kementeriannya melakukan siasatan segera berhubung dakwaan 3 anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa masih berkhidmat kepada bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata tindakan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran peraturan sedia ada.
“Saya mengambil maklum laporan sebuah portal berhubung 3 anggota khas ATM yang didakwa sehingga kini masih menjadi pengiring rapat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Saya mengarahkan siasatan dibuat dan tindakan akan diambil jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap amalan dan peraturan sedia ada,” katanya menerusi laman Twitter rasminya semalam.
Mohamad mengulas laporan sebuah portal berita mengenai 2 anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dan seorang komando masih menjadi pengiring Hishammuddin, yang tidak lagi memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14, Mei lepas.
Menurut laporan portal berita itu, 2 pegawai Paskal itu masih dalam perkhidmatan, yang masing-masing akan tamat pada 2020 dan 2021, manakala komando itu didakwa antara individu yang kelihatan dalam gambar yang dimuat naik Hishammuddin di laman Twitter beliau baru-baru ini.
Ketiga-tiga anggota itu juga didakwa masih menerima gaji daripada ATM selain daripada Hishammuddin sendiri.
Sementara itu, Hishammuddin menerusi catatan di laman Twitternya berkata ketiga-tiga anggota berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan beliau dan keluarga setelah lama berkhidmat dengannya.
“Mereka cukup rapat dengan saya sekeluarga dan telah berkhidmat sekian lama. Mereka dengan saya hanya sementara,” katanya.
Hishammuddin berkata beliau juga telah menawarkan pekerjaan kepada anggota ATM terbabit tetapi mereka harus berhenti daripada ATM dengan serta-merta sekiranya mereka tawaran itu.
“Saya telah menawarkan kerja tetapi jika mereka terima, mereka harus berhenti dari ATM dengan serta-merta,” katanya.
– FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Lsx4fN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.