Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akhirnya Petron buka mulut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akhirnya Petron buka mulut

Sinar Harian
Petron
Petron - Foto sumber internet
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Syarikat Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) akhirnya membuka mulut selepas terpalit kontroversi susulan penyebaran memo pelantikan sebagai pembekal petrol dan diesel untuk kerajaan tular di media sosial, Khamis lalu.

Petron dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan permohonan menjadi pembekal kerajaan telah dibuat sejak Mac 2015 dan diluluskan November tahun sama.
“Pada mulanya, kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada bulan Mac 2015 dan telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada bulan November tahun yang sama sebagai pembekal peralatan.

“Kami memohon semula secara khusus untuk menjadi salah satu pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan pada Oktober 2016. Selepas melalui proses yang ekstensif, kami diiktiraf sebagai salah satu pembekal bahan api hanya pada bulan Ogos 2018,” katanya.

Khamis lalu, tular di media sosial mengenai surat berkenaan dan mendapat perhatian netizen kerana anak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan didakwa mempunyai pegangan saham dan peranan dalam syarikat itu.

Pada tahun 2013, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) mengesahkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan tidak memiliki sebarang saham atau peranan dalam syarikat tersebut.

Sementara itu dalam kenyataan sama Petron berkata syarikatnya telah melalui proses akreditasi yang betul dan mengikut semua proses yang telus seperti digariskan oleh Kementerian Kewangan sama seperti syarikat serta pembekal bahan api lain.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas kepercayaan dan keyakinan melantik Petron sebagai salah satu pembekal bahan api yang diakreditasi untuk kenderaan kerajaan pada 3 Ogos 2018 yang lalu.
“Kami juga menghargai usaha mereka untuk menggalakkan persaingan sihat dalam industri petroleum. Kami sentiasa komited untuk memenuhi keperluan bahan api pengguna dengan membekalkan produk premium kami,” katanya.

Petron juga akan terus membuat pelaburan besar dalam industri hiliran minyak dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan menaiktaraf kilang penapisannya mengukuhkan keupayaan logistik dan mengembangkan rangkaian stesen.
Pihaknya berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna pada masa hadapan.

Dalam pada itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan menjelaskan Petron bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan kerajaan kerana Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell Malaysia masih lagi merupakan pembekal bahan api itu sejak 1997.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NjmCw2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.