Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amirudin pertahan, sokong Azmin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amirudin pertahan, sokong Azmin

Sinar Harian
 Amirudin Shari
Amirudin Shari
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Amirudin Shari menyatakan sokongan penuh terhadap Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti, bulan ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata, rekod lampau Mohamed Azmin sejak bermulanya reformasi membuktikan perjalanan perjuangan karier politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu termasuk ketika parti hanya mempunyai satu kerusi Parlimen pada 2004.

“Tanpa rasa apologetik, tanpa rasa takut saya menyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Mohamed Azmin bergerak ke seluruh negara mempertahankan parti di saat kita mempunyai satu kerusi pada 2004.

“Kita perlu tengok ‘track record’, jangan terpesona dengan slogan semata-mata,” katanya pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Perdana Negeri Selangor 2018, di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Menurut Amirudin lagi, di bawah kepimpinan Mohamed Azmin dan penyandang Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin, PKR Selangor melakar rekod kemenangan 100 peratus di samping kedudukan 51 kerusi di Dewan Negeri Selangor.
Malah katanya, pengenalan beberapa program dalam usaha membantu rakyat seperti Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) mem­perlihatkan kepimpinan yang efisien di bawah pentadbiran Mohamed Azmin sehingga diangkat sebagai contoh di peringkat Persekutuan.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wzo5EY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.