SEBAT: CEMARKAN TAMADUN ISLAM MALAYSIA DAN UMNO MENGALAH PADA PAS
Dalam akhir tahun 50an orang-orang Islam yang tidak berpuasa di Perlis di tangkap di kedai-kedai makanan dan diarak dalam bandar Arau dengan lori terbuka dengan membawa pinggan atau gelas masing-masing.
Saya ketika itu sebagai wakil Utusan Melayu Kedah Perlis melaporkan berita ini yg menjadi bahan ketawa.Tujuan penguasa agama adalah untuk memalukan tetapi tentulah berlaku ketidak adilan kerana yang ramai tertangkap rakyat biasa.
Bagaimanapun pendedahan keburukan orang Islam ini tidak berterusan apabila Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman melawan extremisme agama dan mentamadunkan hukum Islam sesuai dengan Malaysia sebagai sebuah negara terbuka berbilang kaum dan demokrasi.
Perlaksanaan hukum sebat yang ringan ke atas dua wanita lesbian di Terengganu di bawah undang2 Syariah tidaklah bertujuan untuk menyakitkan tetapi lebih untuk memalukan tetapi kesakitan yang amat besar dan amat memalukan ialah Malaysia mundur kebelakang pada nilai antarabangsa dan nilai kesederhanaan atau moderation of Islam yg cuba ditonjolkan oleh pemerintahan Najib. Pemodenan Islam diinisiatifkan oleh UMNO dibawah pimpinan Tunku dan dikembangkan lagi dengan gigih berani oleh Tun Mahathir.

Ini adalah bukti yg jelas bahawa yang menang dlm kerjasama UMNO Pas adalah Pas.
Tidak ada pemimpin UMNO yang berani bersuara kecuali Khairy Jamaluddin tapi yang lain termasuk Ketua Baru Pemuda UMNO telah hilang pandangan bebas Umno kerana menyembah kepada kepentingan politik.
Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri tidak senang dengan cara hukuman ini sebab walaupun sedar hukuman tidak berat tetapi bukanlah kerja media Barat untuk menunjukkan rasionality dari hukuman ini sebaliknya mereka hanya memberikan segi negatif yang menyamakan imej Malaysia dengan negara-negara Arab yg telah mencemarkan imej Islam pada mata dunia.

Hukuman sebat ini telah mengejutkan dunia.
Sejak orang Islam diarak dengan lori kerana tidak berpuasa,hukuman sebat terbuka ini suatu permulaan ke arah merosakkan imej kesederhanaan Islam yg dibina sekian lama.
Kerajaan PH di bawah pimpinan Mahathir tidak boleh membiarkan perkembangan ini.
Negara ini bukanlah negara Islam tetapi Islam sebagai Agama rasmi. Rakyat negara ini harus dididik dengan cara ketamadunan dalam perlaksanaan undang -undang Islam dan bukan dengan cara memalukan orang Islam dimata bukan Islam dan dunia antarabangsa.

Saya tidak tahu adakah keizinan Duli Yang Mulia Sultan Terengganu dipohon untuk dilaksanakan kerana walaupun telah termaktub dlm undang-undang syariah negeri tetapi melibatkan imej negara pada keseluruhannya.
– https://ift.tt/1oI7yHl
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PHXSvc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment