Huawei Mate 20 Bakal Dilancarkan Pada 16 Oktober 2018
Huawei hari ini telah pun memperkenalkan cip pemprosesan Kirin 980, dimana ia dijangka akan hadir bersama telefon pintar Mate 20 kelak. Dan semestinya ramai yang tertanya-tanya bilakah telefon pintar berkenaan bakal dilancarkan.
Berkongsi mengenainya, Huawei mengatakan ia bakal melancarkan siri Huawei Mate 20 pada 16 Oktober 2018 di London.
Buat masa ini, info mengenai telefon pintar berkenaan masih tidak diketahui. Namun, salah satu perkara yang pasti adalah ia akan dijana dengan cip Kirin 980 yang turut memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan, dan masa penggunaan bateri lebih lama melalui cip 7nm.
Desas-desus sebelum ini juga turut mengatakan ia akan menawarkan bateri bersaiz lebih besar bersama-sama dengannya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 16 Oktober kelak untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh Huawei.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PYzp5M
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment