Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wan Azizah sudah maafkan Rahim Noor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wan Azizah sudah maafkan Rahim Noor

KUALA LUMPUR: Saya tidak senang, tapi saya akur!

Demikian respons Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baru bagi proses damai wilayah selatan Thailand.

Jelas Dr Wan Azizah, pelantikan itu adalah atas budi bicara perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia bukan senang untuk menerima, tetapi saya rasa ia penting untuk negara menyelesaikan masalah walaupun sesiapa sahaja dipilih,” katanya dalam temu bual di sebuah stesen radio BFM hari ini.

Dalam temu bual beliau di stesen radio BFM, Dr Wan Azizah juga telah menyatakan pendirian anaknya Nurul Izzah Anwar kepada Dr Mahahir.

Tambah Dr Wan Azizah, Dr Mahathir menjelaskan pelantikan Abdul Rahim itu kerana beliau mempunyai pengalaman menangani kegiatan pengganas di wilayah itu.

Ketika gerakan reformasi, Abdul Rahim adalah ketua polis negara yang bertanggungjawab menangani gerakan itu sehingga tertangkapnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Rahim juga adalah individu yang bertanggungjawab dalam insiden mata lebam Anwar.

Ditanya sama ada beliau telah memaafkan Abdul Rahim, Dr Wan Azizah berkata beliau telah pun berbuat demikian.

 

Sumber :
– http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wan-azizah-sudah-maafkan-rahim-noor-184329



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wwhRFK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.