Huawei Melancarkan Kirin 980 Dengan Rekaan 7nm, “Dwi-NPU”, Grafik Mali-G76 GPU
Huawei hari ini telah pun memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka daripada keluarga Kirin, iaitu Kirin 980. Ia meneruskan tradisi sebagai generasi baru untuk Kirin 970 dan menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi berbanding pelbagai cip pemprosesan lain dipasaran.
Kirin 980 hadir dengan rekaan berasaskan 7nm – sekaligus menjadikannya antara cip pemprosesan terawal dengan rekaan berkenaan. Dengan rekaan berasaskan 7nm, ia menawarkan prestasi yang lebih 20% tinggi berbanding versi 10nm, selain penggunaan tenaga kurang 40%.
Huawei menggunakan rekaan cip lapan teras untuk Kirin 980 – yang mana hadir dengan gabungan penggunaan Cortex A76 dan juga Cortex A55. Penggunaan Cortex A76 buat pertama kali ini turut menawarkan sokongan kepantasan pengoperasian lebih 75% dan menjimatkan tenaga lebih 58% berbanding generasi sebelum ini.
Kirin 980 juga hadir bersama sokongan grafik Mali-G76 GPU yang memberikan penawaran grafik lebih baik – sesuai dengan permintaan pengguna untuk arena permua yang semakin meningkat.
Disamping itu, Huawei juga melengkapkan Kirin 980 dengan sokongan “Dwi-NPU” yang mana membolehkan pelbagai tugasan berkaitan kecerdasan buatan dilakukan dengan pantas. Huawei mengatakan ia menawarkan kepantasan lebih 120% berbanding Kirin 970 sebelum ini.
Untuk sokongan rangkaian pula, Huawei mengatakan ia kini turut mengintegrasikan modem LTE Cat.21 yang menawarkan sokongan muat-turun sehingga 1.4Gbps. Ia juga mesra modem Huawei Balong 5G untuk penggunaan generasi akan datang.
Huawei dijangka akan menyertakan Kirin 980 pada telefon Mate 20 akan datang mereka. Selain itu, Honor sendiri telah mengatakan mereka akan mengintegrasikan cip ini pada Honor Magic 2 mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MHp5Rm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment