Lenovo Turut Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Dengan Rekaan Boleh-Luncur
Trend peranti dengan rekaan boleh-luncur dilihat semakin popular akhir-akhir ini. Oppo sebelum ini telah melancarkan Oppo Find X. Sementara pengeluar lain seperti Honor telah memperlihatkan Honor Magic 2 yang membawakan rekaan skrin boleh-luncur, selain Xiaomi turut memperlihatkan Mi Mix 3 dengan rekaan lebih kurang sama.
Kini, ia dilihat Lenovo turut sedang melihat kepada penawaran lebih kurang sama – dan telah mempertontonkan video konsep untuk peranti seumpamanya.
Melalui rekaan boleh-luncur ini, ia membolehkan pengeluar peranti menawarkan rekaan skrin penuh tanpa sebarang takuk. Kamera dan pelbagai komponen tambahan lain disembunyikan pada bahagian belakang yang mana boleh diakses dengan meluncurkan peranti – sama ada secara mekanikal atau secara manual.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Lenovo akan memasarkannya atau sebaliknya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NBbrfj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment