Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Adalah Antara Produk Baru Yang Apple Akan Lancarkan Pada Minggu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Adalah Antara Produk Baru Yang Apple Akan Lancarkan Pada Minggu Ini

Apple merupakan salah satu syarikat yang dinantikan ramai dalam pengenalan sesuatu produk – dan salah satu sebabnya boleh dikatakan kerana pelbagai trend yang dibawakan Apple sering menjadi ikutan pengeluar lain seluruh dunia. Terkini, untuk tahun ini, Apple menjadualkan untuk memperkenalkan pelbagai peranti baru pada lewat hari ini, termasuk beberapa model iPhone baru.

Apple iPhone

Mengikut desas-desus, Apple dijangka memperkenalkan tiga iPhone baru, iaitu:
iPhone XS yang dijangka hadir dengan skrin 5.8-inci OLED dan dilengkapi cip pemprosesan serta kamera yang dinaik-taraf. iPhone XS ini dijangka menjadi kemaskini kepada model iPhone X yang diperkenalkan pada tahun lepas.
iPhone XS Max pula dijangka hadir dengan skrin 6.5-inci OLED, sekaligus menjadikannya sebuah iPhone bersaiz paling besar buat masa ini. Dengan penawaran skrin besar, Apple turut dijangka memperkenalkan sokongan menggunakan dua aplikasi serentak pada iPhone bersaiz besar ini.
iPhone XC / XR pula dijangka menjadi iPhone pada harga sedikit rendah, dan dilengkapi skrin 6.1-inci berasaskan LCD. Telefon ini juga dijangka menawarkan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

Apple Watch

Selain daripada iPhone, Apple turut dijangka memperkenalkan Apple Watch baru yang menawarkan skrin lebih besar dengan rekaan berbingkai nipis berbanding Apple Watch sebelum ini. Melengkapkan pengenalan ini juga mungkin adalah AirPower Wireless Charger yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, tetapi masih belum dipasarkan sehingga ke hari ini.

Apple AirPower

Disamping itu, terdapat beberapa desas-desus mengatakan Apple bakal memperkenalkan iPad Pro generasi baru yang hadir dengan rekaan nirbingkai dan menyertakan sokongan Face ID bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Apple secara rasminya minggu ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Qm2Kaa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.