Hi! Welcome Back and Stay Tune! SureKey Ialah Kunci Yang Memberikan Peringatan Pintu Telah Dikunci - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SureKey Ialah Kunci Yang Memberikan Peringatan Pintu Telah Dikunci

Beberapa tahun yang lalu kami terpaksa berpatah semula ke rumah dari lebih raya ketika sedang dalam perjalanan ke kampung. Ini adalah kerana kami terlupa sama ada pintu utama rumah telah dikunci ataupun tidak. Sejam masa perjalanan habis begitu sahaja bagi memastikan pintu rumah benar-benar dikunci sebelum keluar. SureKey ialah kunci yang boleh menyelesaikan masalah ini kerana memberikan peringatan setiap kali pintu tidak dikunci.

SureKey dilengkapi girometer yang mengesan putaran apabila pintu dikunci. Apabila ini dikesan, lampu LED terbina pada tubuhnya akan bernyala menandakan pintu telah dikunci. Sekiranya pintu tidak dikunci, LED berwarna merah akan menyala. Kerana ia mengesan putaran, lampu LED ini tidak akan berubah ketika kunci berada di dalam kocek.

Ia hanya memerlukan sebuah bateri nipis untuk berfungsi yang mampu bertahan sehingga lima tahun. Pengguna juga tidak memerlukan aplikasi telefon pintar atau menambah sistem elektronik pada kunci pintu rumah yang digunakan. Ia turut dilengkapi penggera sekiranya kunci ditinggalkan tergantung lama pada pintu.

Hampir kesemua jenis kunci boleh digunakan bersama SureKey. Ciptaan menarik ini sedang mengumpul dana menerusi KickStarter dan ia boleh dimiliki pada harga $29 (~RM 120) sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2O4wDKR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.