MENGAPA BARU SEKARANG NAJIB TAMPIL BUAT PENJELASAN?
Membaca huraian panjang lebar yang dibuat Najib Razak di laman Facebooknya semalam berhubung rampasan wang berjuta-juta di beberapa unit kondo yang dikaitkan dengannya, persoalan paling utama yang timbul ialah mengapa baru sekarang beliau tampil berbuat demikian?
Kenapa hanya setelah lebih tiga bulan rampasan itu dilakukan oleh pihak polis barulah Najib ada penjelasan mengenainya?
Mengapa tidak ketika beberapa hari setelah rampasan itu dilakuka dahulu?
Apakah Najib memerlukan masa lebih tiga bulan untuk mendapat ilham menulis penjelasannya itu?
Selain itu, orangramai memang tidak mempertikaikan hak beliau sebagai Presiden UMNO ketika itu untuk mengumpul dana bagi kegiatan parti atau untuk menghadapi pilihanraya dan memang tidak aneh pun ada wang berjuta-juta disimpan di Pejabat Perdana Menteri.
Tetapi, persoalan lain yang membingungkan dan sedikit aneh ialah mengapakah, jika benar, semua wang tersebut ialah lebihan daripada belanja pilihanraya yang tidak digunakan, ia perlu dihantar ke kondo yang terletak di tengah-tengah ibukota?
Mengapa ratusan juta yang kononnya daripada simpanan bilik kebal di Pejabat Perdana Menteri tidak dihantar ke kediaman peribadi Najib yang diketahui umum yang terletak di Taman Duta?
Apa tujuannya dipindahkan ke tempat lain, kalau pun benar kononnya wang itu adalah milik UMNO dan untuk menunggu selesainya proses peralihan kepimpinan parti?
Bukankah rumah peribadi Najib di Taman Duta itu lebih besar dan lebih mudah untuk mengangkut beg-beg pakaian bersaiz besar yang mengandungi wang tunai tersebut berbanding memindahkannya ke kondo di atas awan di tengah-tengah kesesakan ibukota?
Bagaimana pula dengan ribuan barangan kemas dan ratusan beg tangan mewah yang turut terdapat di kondo tersebut?
Mengapa ia diletakkan di situ dan tidak di kediaman di Jalan Duta?
Ohhh….sebelum itu iaitu beberapa hari selepas hilang kuasa, bukankah Najib dan keluarga didapati cuba meninggalkan negara kononnya untuk bercuti ke Indonesia dengan sebuah jet sewa khas yang disediakan kenalannya?
Apakah ada kaitan cubaan pergi ke Indonesia dengan penemuan 72 beg berisi wang tunai dan barangan kemas di kondo tersebut berbanding sepatutnya semua beg-beg itu disimpan di rumah yang biasa dikunjungi ramai dan diketahui umum di Jalan Duta?
Huhh…mujur Tun Mahathir Mohamad yang jadi Perdana Menteri dan beliau ternyata dengan cekap menghalang Najib daripada meninggalkan negara.
Cuba kita bayangkan dan renung sejenak, apa akan jadi sekarang ini jika ketika itu Najib, Rosmah Mansor dan keluarganya dapat berlepas ke Indonesia dengan jet sewa khas tersebut?
Apakah mungkin masih ditemui 72 beg tersebut?
– https://ift.tt/HB7gd4
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QlOK0o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment