Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Dilaporkan Sedang Menguji Fungsi Perkongsian Semula “Regram” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Dilaporkan Sedang Menguji Fungsi Perkongsian Semula “Regram”

Pelbagai perkhidmatan sosial menawarkan ciri perkongsian semula, seperti Facebook Share, mahupun Retweet pada Twitter. Namun, pada Instagram, tiada fungsi berkenaan, dan memerlukan penggunaan aplikasi pihak ketiga yang menerbitkan semula sesuatu gambar daripada akaun lain dan dikenali ramai sebagai “Regram”.

Menariknya, bagi pengguna yang gemarkan ciri berkenaan, kini ia dilaporkan yang mana Instagram sedang menguji fungsi tersebut. Fungsi berkenaan dikenali dengan nama 
“Seemless Sharing” buat masa ini dikalangan pembangun Instagram.

Menurut TheVerge, melalui ciri berkenaan, pengguna boleh berkongsi semula sesuatu perkongsian gambar melalui pilihan “Share to Feed”. Ia berfungsi seumpama “Retweet” pada Twitter, dimana perkongsian asal dipaparkan dengan nama pengguna yang berkongsi berkenaan dipaparkan pada bahagian atasnya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ciri ini akan dilancarkan secara rasminya ataupun tidak. Tetapi, memandangkan Instagram kini aktif memperkenalkan pelbagai sokongan baru, dan dengan ciri ini dalam pembangunan – kita mungkin mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MNQHja

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.