Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Melancarkan Mi Bunny Trolley Suitcase – Bagasi Untuk Kanak-Kanak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Melancarkan Mi Bunny Trolley Suitcase – Bagasi Untuk Kanak-Kanak

Xiaomi bukan lagi terkenal sebagai syarikat yang menghasilkan gajet. Mereka kini terkenal dengan melancarkan pelbagai produk serbaguna. Salah satu contoh adalah bagasi. Sebelum ini, Xiaomi pernah lancarkan bagasi pintar. Terkini, Xiaomi melancarkan Mi Bunny Trolley Suitcase – iaitu bagasi khusus untuk kanak-kanak.

Mi Bunny Trolley Suitcase ini hadir dengan saiz 17-inci dengan berat hanya 2.9KG. Mempunyai kapasiti 26L, ruang storan yang memudahkan kanak-kanak serta mampu memuatkan pakaian harian kanak-kanak selama 7 hari atau pakaian musim sejuk untuk 3 hari.

Bagasi ini turut hadir dengan rod pemegang boleh laras sehingga 100mm yang diperbuat daripada aluminium. Kemudian, bahan binaan bagasi ini pula adalah daripada PC German Bayer. Untuk menceriakan kanak-kanak, Xiaomi turut menyertakan pelekat kalis air dan tahan lasak yang boleh diguna semula (lekat-dan-cabut) berulang kali.

Bagasi ini dijual pada harga hanya RMB349 (~RM210) dengan pilihan warna merah jambu, putih dan biru laut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xGGmRw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.