Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS ProArt PA90 Diperlihatkan – Komputer Padat Dengan Spesifikasi Mengagumkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS ProArt PA90 Diperlihatkan – Komputer Padat Dengan Spesifikasi Mengagumkan

Siri ASUS ProArt sebelum ini dikenali sebagai siri paparan profesional yang digunakan oleh golongan pereka profesional kerana ketepatan warna yang boleh dikatakan tiada bandingan.

Kini, ASUS nampaknya akan menambah sebuah komputer kepada barisan paparan tersebur dengan ASUS ProArt PA90, sebuah komputer padat yang hadir dengan spesifikasi dalaman yang cukup berkuasa.

Komputer ini, yang mempunyai rekaan silinder yang padat, dikuasakan oleh CPU Intel Core i9 generasi kesembilan, memori DDR4 sehingga 64GB, gabungan storan SSD PCIe dan SATA dan juga sebuah kad grafik NVIDIA Quadro P4000 yang biasanya digunakan untuk tugasan rekaan dan pengolahan digital.

Bukan itu sahaja, komputer ProArt PA90 ini turut dilengkapi sistem penyejukan cecair untuk menyejukkan CPU Intel Core i9 yang berkuasa tersebut. Kesemua komponen-komponen ini dimuatkan di dalam sebuah cangkerang dimana saiznya tidaklah begitu berbeza daripada sebuah bakul sampah kecil.

Dalam pada itu, ASUS turut memperlihatkan sebuah paparan mudah-alih di dalam siri yang sama yang dinamakan ASUS ProArt PQ22UC, iaitu sebuah paparan mudah-alih yang bersaiz 22 inci dan hadir dengan resolusi 4K.

Paparan ini menggunakan panel OLED 10-bit yang menjanjikan sokongan gamut warna yang sangat besar, disamping menyokong teknologi paparan HDR. Dari segi sambungan, paparan ProArt PQ22UC ini hadir dengan dua palam USB 3.0 Type-C yang juga merupakan sambungan DisplayPort-Alt yang boleh disambungkan ke laptop-laptop yang mempunyai sambungan Thunderbolt 3.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PYdXgI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.