Hi! Welcome Back and Stay Tune! Router WiFi 802.11ax Pertama Di Dunia Diperkenalkan – ASUS RT-AX88U Dengan Sokongan Sambungan Rangkaian Sepantas 6.0Gbps - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Router WiFi 802.11ax Pertama Di Dunia Diperkenalkan – ASUS RT-AX88U Dengan Sokongan Sambungan Rangkaian Sepantas 6.0Gbps

Di acara ASUS Incredible Intelligence yang berlangsung di Kuala Lumpur, mereka telah memperkenalkan router WiFi terbaru mereka yang menggunakan piawaian WiFi terbaru 802.11ax (WiFi 6) yang dinamakan ASUS RT-AX88U.

Router WiFi ini hadir dengan sokongan untuk piawaian sambungan WiFi terbaru 802.11ax yang menjanjikan sambungan rangkaian sepantas 6000Mbps, dan hadir dengan ciri-ciri seperti orthogonal frequency-division multiple access (OFDMA) dan multiple user multiple-input and multiple-output (MU-MIMO) yang memastikan kesemua peranti di rumah anda dapat bersambung ke internet secara serentak.

Bagi mereka yang masih lebih gemar menggunakan sambungan kabel, router RT-AX88U ini turut hadir dengan lapan palam LAN yang hadir dengan sokongan Gigabit Ethernet untuk sambungan rangkaian yang pantas.

Jika anda risau mengenai keselamatan router anda, ia juga hadir dengan ciri AIProtection Pro yang akan membantu mengekang serangan godaman, dan memastikan router anda sentiasa dikemaskini dengan perisian terbaru.

Buat masa ini, ASUS masih belum mengumumkan lagi bilakah router ini akan memasuki pasaran tempatan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OQ02gb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.