Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Mengesahkan Sedang Membangunkan Kaca Mata AR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Mengesahkan Sedang Membangunkan Kaca Mata AR

Facebook sebelum ini pernah berkongsi secara ringkas berkaitan perkembangan arena realiti-gabungan (augmented reality). Terkini, bercakap lanjut mengenainya, wakil Facebook mengesahkan yang mana mereka sedang membangunkan kaca mata pintar realiti-gabungan.

Perkongsian baru ini hadir lanjutan daripada pengenalan perkakasan Facebook Portal oleh syarikat teknologi berkenaan baru-baru ini. Dengan pengumuman ini, ia sekaligus memperlihatkan yang mana Facebook bakal hadir dengan beberapa perkakasan lain selepas ini – termasuk mengikut laporan ini mengatakan Facebook sedang membangunkan set kotak untuk televisyen.

Kaca mata pintar AR bukan sesuatu yang baru, tetapi turut menjadi fokus pelbagai pihak lain. Sebelum ini, Mark Zuckerberg sendiri pernah berkongsi secara ringkas mengenai usaha AR di Facebook – dimana mereka menyasarkan kelak kita akan melihat penggunaan kaca mata AR seumpama kaca mata biasa hari ini. Melalui penggunaan kaca mata AR, ia dijangka akan memperlihatkan sejumlah informasi berguna kepada pengguna ketika berada di sesuatu lokasi, selain mengelak mereka daripada tertinggal sebarang notifikasi dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan melancarkannya secara rasmi. Tetapi, pengesahan Facebook berkenaan sedang membangunkan kaca mata pintar ini semestinya akan membuatkan pesaing mereka yang lain turut bergiat aktif dalam pembangunan peranti lebih kurang sama.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Poi34L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.