Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bank Tempatan Mula Mengaktifkan DuitNow – Memudahkan Transaksi Menggunakan No. Telefon Atau MyKad, Ganti No Akaun Bank - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bank Tempatan Mula Mengaktifkan DuitNow – Memudahkan Transaksi Menggunakan No. Telefon Atau MyKad, Ganti No Akaun Bank

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah berkongsi perancangan untuk menyediakan alternatif penggunaan nombor akaun bank dengan menggunakan nombor yang lebih senang diingati seperti nombor telefon dan MyKad. Inisiatif baru ini dinamakan sebagai DuitNow – dan kini dilihat telah mula diimplementasi beberapa bank tempatan bermula minggu ini.

Dengan DuitNow, ia membolehkan bank mengintegrasikan atau tag nombor akaun bank anda bersama nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor passport, nombor tentera/polis atau nombor pendaftaran perniagaan.

DuitNow

Langkah ini dijangka akan memudahkan pelbagai urusan harian pengguna – selain tidak tertipu dengan penggunaan nombor akaun bank pihak ketiga. Antara kemudahan lain yang akan turut dipermudahkan adalah termasuk memudahkan pembayaran pihak kerajaan kepada rakyat melalui penggunaan nombor MyKad, ataupun pembelian barangan daripada sesuatu syarikat dengan terus membayar ke nombor pendaftaran syarikat.

Beberapa bank telah mula mengimplementasi DuitNow pada perkhidmatan mereka. Antara bank yang telah mula menghantar SMS bermula minggu ini adalah Maybank dan juga RHB.

RHB DuitNow

Kelak, bank juga dilihat akan menawarkan tetapan khusus yang memudahkan pengguna memautkan akaun bank ke nombor telefon atau nombor kad pengenalan masing-masing dalam urusan memudahkan anda menerima wang.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mula menerima SMS berkenaan DuitNow ini daripada bank-bank anda?

Layari : DuitNow



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pNaTIQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.