Rais, jangan jual temberanglah...
Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QHyCFR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
(Ubah saiz teks)
LUKUT - Calon Bebas di PRK Parlimen Port Dickson, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menasihatkan Tan Sri Dr Rais Yatim agar tidak ‘menjual temberangnya’ kepada penduduk Port Dickson.
Menurut Mohd Isa, beliau tidak ambil pusing dengan kritikan bekas menteri itu kerana menganggap pendirian Rais tidak menentu dan selalu berubah-ubah.
Katanya, beliau sudah biasa dengan kerenah Rais malah penduduk Negeri Sembilan juga sudah lama ‘mengenali’ sikap Ketua Bersatu Negeri Sembilan itu.
“Itu pandangan peribadi (mendakwa Mohd Isa gagal di Port Dickson sebelum ini) dia. Kita pun tahu beliau berubah-ubah, bukan menentu. Kejap cakap macam itu, kejap cakap macam ini.
“Itulah Rais Yatim, kita dah kenal dia lama. Dia kata saya tak usah bertanding, kalau dia (Rais) ada peluang di Jelebu pun, dia nak bertanding di sana.
“Kita tahu cara dia. Rais, tak usah jual temberang lah...semua orang Negeri Sembilan tahu siapa dia,” katanya kepada pemberita ketika berkempen bertemu masyarakat Cina di Lukut, tengahari tadi.
Dalam pada itu, Mohd Isa turut menafikan dakwaan mengatakan beliau tidak berbuat apa-apa di Port Dickson kerana kemajuan yang dilihat sekarang adalah semasa zaman pentadbirannya.
“Saya dah buat banyak dulu, dia (Rais) yang tak banyak buat sebab sekejap. Saya buat macam-macam di PD (Port Dickson), yang ada ini semua zaman saya.
“Cuma zaman dia tak banyak sebab dia cuma tiga tahun lapan bulan saja. Pandangan Tan Sri Rais saya tak ambil kira sebab dia berubah-ubah.
“Kejap sini kejap situ. Dia tengok mana ada untung, dia masuklah,” ujarnya.
Meskipun ‘diserang’, bekas Naib Presiden Umno ini mengakui beliau tidak berasa kecewa kerana menganggap tindakan sebegitu perkara biasa dalam politik.
“Dia dah bersama kumpulan PH, sudah tentulah dia sokong Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Ini biasalah, Rais dulu sokong Umno, lari sana lari sini.
“Saya tidaklah nak rasa kecil hati ke apa. Itu pandangan dia. Benda macam ini, politik, itulah keadaannya,” katanya.

Post a Comment