Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berkas CPU Intel Core i9 Generasi Kesembilan Tertiris – Hadir Dengan Rekabentuk 12 Sisi Dodecahedron - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berkas CPU Intel Core i9 Generasi Kesembilan Tertiris – Hadir Dengan Rekabentuk 12 Sisi Dodecahedron

Intel nampaknya tidak mahu kalah kepada AMD, merujuk kepada rekaan berkas CPU AMD Threadripper mereka, yang kelihatan berbeza daripada kotak CPU mereka yang lain,

Dengan pelancaran siri CPU Intel generasi kesembilan, yang dikatakan dipanggil “Coffee Lake Refresh” yang dibina menggunakan proses 14nm++, Apa yang menariknya disini ialah berkas untuk siri CPU Intel Core i9 baru sahaja tertiris, dan ia hadir dengan rekaan yang cukup menarik.

Berkas tersebut mempunyai rekaan dodecahedron, iaitu sebuah bentuk yang mempunyai 12 sisi dengan rekaan pentagon.

Rekaan tersebut tertiris melalui penyenaraian penjualan produk di Amazon, dimana CPU tersebut dikatakan sebuah CPU 8 teras dengan 16 bebenang kuasa, dimana hanya satu model sahaja hadir dengan butiran tersebut, iaitu Intel Core i9-9900K.

Buat masa ini, isi berkas ini masih tidak diketahui lagi, tetapi terdapat kebarangkalian besar bahawa ia hanya akan mengandungi CPU Core i9 tersebut sahaja, dan tidak akan hadir dengan penyejuk CPU, sama seperti CPU Intel siri K yang boleh dilewahjam, kerana pengguna CPU tersebut biasanya akan hadir dengan penyejuk mereka sendiri.

Tanda harga CPU tersebut turut diperlihatkan pada $582.50 (RM2408), tetapi buat masa ini, tarikh jualan CPU tersebut masih belum diketahui lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NgMUee

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.