Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Project Stream Membolehkan Permainan Video Terkini Dimainkan Di Dalam Chrome - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Project Stream Membolehkan Permainan Video Terkini Dimainkan Di Dalam Chrome

Penstriman video dan muzik kini sudah menjadi lumrah kehidupan seharian. Jarang sekali melihat cakera padat di dalam kereta atau DVD di ruang tamu rumah moden kerana kepopularan perkhidmatan seperti Spotify serta iFlix. Perbatasan seterusnya ialah menstrim permainan video yang sehingga kini masih belum digunakan secara meluas.

Memandangkan ia mungkin masa depan permainan video, Google telah mengumumkan Project Stream. Menerusi Project Stream, permainan video boleh dimainkan dengan menstrim menerusi pelayar Chrome. Pengguna tidak perlu memiliki konsol ataupun PC berkuasa tinggi untuk memainkan permainan terkini pada tetapan grafik 1080P 60FPS.

Google bekerjasama dengan Ubisoft untuk memulakan ujian dengan menstrim permainan terkini Assassin’s Creed Odyssey. Mereka kini sedang mencari calon yang layak di Amerika Syarikat untuk menguji Project Stream. Untuk melayakkan diri pemohon perlu berusia 17 tahun ke atas dan mempunyai sambungan Internet 25 Mbps.

Project Stream ialah sebuah lagi perkhidmatan penstriman permainan video yang cuba mengubah landskap industri. Sebelum ini PlayStation Now dan GeForce Now telah diumumkan tetapi masih belum ditawarkan secara global.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zJzy6M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.