Google Serlahkan Kombinasi Budaya dan Kercerdasan Buatan Menerusi ShadowPlay
Kini Google tampil dengan membangunkan ShadowPlay. Ia adalah sebuah pemasangan interaktif yang meraikan kombinasi bagi bentuk seni bayangan wayang kulit cina bersama kecerdasan buatan. Pemasangan ini dibina dengan menggunakan TensorFlow dan unit-unit pemprosesan tensor (tensor processing units, TPUs)
Melalui kecerdasan buatan, mereka dapat mengenal pasti gerak-geri tangan seseorang dan kemudiannya mengubah bentuk bayangan tangan tersebut kepada animasi-animasi digital yang mewakili 12 haiwan dalam zodiak Cina, semuanya dalam sebuah persembahan interaktif.
Buat pertama kalinya, ShadowPlay ini telah dipamerkan pada September lepas pada persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia dan Hari Pemaju Google di Shanghai. Apa yang menarik adalah penghasilan projek ini melibatkan kerjasama daripada kesemua kakitangan google, di mana pelbagai idea menarik telah dikongsikan oleh mereka seperti menghasilkan gaya bayang yang berbeza dan menyeronokkan. Miguel de Andres-Clavera – Ketua Projek ShadowPlay di Google turut menekankan ketepatan bagi setiap visual yang diteka ini telah disokong dengan pemprosesan TPU. Oleh itu model ini tidak akan mempunyai sebarang masalah sewaktu dipamerkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CkHi13
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment