Montblanc Summit 2 Menjadi Terawal Hadir Dengan Cip Snapdragon Wear 3100
Montblanc hari ini telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, iaitu Montblanc Summit 2, sekaligus menjadikan mereka sebagai antara pengeluar terawal yang hadir dengan cip Snapdragon Wear 3100 pada jam tangan pintar.
Montblanc Summit 2 hadir membawakan rekaan muka jam bulat, dilengkapi memori 1GB RAM, dan ruangan storan 8GB. Ia turut menjalankan sistem operasi Wear OS 2.1.
Menariknya, dengan menggunakan Snapdragon Wear 3100, ia turut dilengkapi dengan sokongan penggunaan tenaga rendah, dimana hanya muka-jam sahaja yang diaktifkan, dan pelbagai notifikasi dimatikan apabila bateri mencapai tahap rendah. Ini sekaligus membolehkan anda menggunakannya sebagai jam tangan biasa untuk tempoh lebih lama – dan tidak lagi menghadapi masalah seperti peranti mati beroperasi pada pertengahan hari.
Montblanc Summit 2 ini hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat buat masa ini, dimana ia ditawarkan pada harga $995, iaitu mencapai RM4130 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2PxNWVj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment