Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kaspersky Lab – Pengguna Perlu Utamakan Langkah Pencegahan Bagi Mengatasi Ancaman Mudah Alih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kaspersky Lab – Pengguna Perlu Utamakan Langkah Pencegahan Bagi Mengatasi Ancaman Mudah Alih

Ramai sedia maklum akan peranan Kaspersky Lab dalam penyediaan produk bagi membasmi ancaman virus. Selain itu, mereka adalah syarikat yang berfungsi dalam menbangunkan produk penyelesai kepada sekuriti peranti bagi infrastruktur yang kritikal, kerajaan dan ketirisan maklumat syarikat. Malah mereka turut menawarkan perkhidmatan rundingan teknikal kepada pengguna.

Menerusi kaji selidik yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terdapat peningkatan pengguna telefon pintar pada tahun 2016 di mana daripada 68.7%  kepada 75.9% bagi tahun 2017. Meskipun peratusan bagi penggunaan telefon pintar kian meningkat, kesedaran bagi penyelesaian keselamatan telefon pintar masih lagi berada di tahap yang rendah.

Bersama Yeo Siang Tiong – Pengurus Besar Asia Tenggara, Kaspersky Lab menegaskan bahawa setiap peranti pintar harus memiliki perlindungan sebagai langkah pencegahan. Umum mengetahui bahawa majoriti pengguna terlalu bergantung kepada telefon pintar dalam kegunaan kerja harian seperti penggunaan kalendar, emel, kenalan, perbankan atas talian dan dompet digital. Ketiadaan sistem keselamatan yang baik boleh mengakibatkan ketirisan maklumat peribadi pengguna kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, Kaspersky Lab menggunakan platform Malaysia Book of Records bagi menguar-uarkan kesedaran keselamatan peranti melalui pendekatan percegahan. Dengan kualiti keselamatan yang baik, ia memudahkan pengguna untuk melindungi maklumat mereka dan dapat mengenalpasti pencerobohan dengan lebih mudah.

Menerusi pengumpulan data yang diperolehi, Kaspersky Lab mendedahkan bagi suku kedua tahun 2018 sebanyak 1,744244 juta telah dikesan pemasangan aplikasi hasad pada peranti. Jumlah angka ini dilihat meningkat sebanyak 421,666 ribu berbanding tahun sebelumnya. Perihal ini menjadikan tuntutan kesedaran ini adalah amat penting untuk mendidik pengguna peranti pintar agar lebih peka akan keselamatan data peribadi mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CMCnqm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.