Hi! Welcome Back and Stay Tune! WInamp Merancang Untuk Memperkenalkan Versi Baru Pemain Media Semua-Dalam-Satu Pada 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WInamp Merancang Untuk Memperkenalkan Versi Baru Pemain Media Semua-Dalam-Satu Pada 2019

Winamp merupakan salah satu pemain media yang mungkin tidak asing bagi ramai pengguna sekitar sedekad yang lepas. Walaubagaimanapun, popularitinya menurun disebabkan tiada kemaskini, malah ia telah diambil-alih oleh pemilik baru, iaitu Radionomy baru-baru ini.

Winamp 2019

Terkini, Radionomy mengumumkan yang mana mereka merancang untuk memperkenalkan kemaskini baru untuk WInamp, sekaligus akan menawarkan pelbagai perkara baru pada pemain media berkenaan.

Melalui kemaskini baru kelak, ia bukan sahaja akan memudahkan anda memainkan fail audio daripada peranti anda, tetapi juga dijangka akan menyokong kemudahan untuk mengikuti podcast dan radio penstriman.


Secara kasar, Winamp ingin menjadi salah satu pusah sehenti yang menyenaraikan pelbagai perkara yang mungkin anda ingin dengar, sekaligus memudahkan pengalaman anda menikmati audio. Ia tidak diketahui lagi sama ada Winamp akan mengintegrasikan sokongan Spotify dan sebagainya.

Winamp menyasarkan pengalaman kemaskini baru ini pada 2019 kelak. Walaubagaimanapun, sebelum pengenalan kemaskini berkenaan, Winamp akan menerima kemaskini kecil pada bulan Oktober ini yang menaik-taraf pemain media berkenaan kepada versi 5.8. Kemaskini baru ini akan hadir untuk desktop, iOS dan Android – dimana lebih memfokuskan untuk mengatasi pepijat dan beberapa masalah yang telah dikenal pasti. Versi yang bakal diperkenalkan dengan pelbagai pembaharuan pada tahun hadapan bakal menjadi Winamp 6.0.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Cjfbz9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.