Bagaimana Menggunakan WhatsApp Stickers?
WhatsApp Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan popular yang digunakan lebih sebilion pengguna seluruh dunia. Perkhidmatan ini juga popular di Malaysia, dimana ia turut hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya. Salah satu ciri baru yang ditambah pada aplikasi berkenaan baru-baru ini adalah sokongan WhatsApp Stickers.
Pada tutorial kali ini, kami berkongsi kaedah ringkas berkenaan bagaimana menggunakan WhatsApp Stickers pada Android dan iOS. Untuk makluman, ciri ini diperkenalkan secara berperingkat, dimana anda miungkin telah menerimanya – atau mungkin menerimanya dalam masa beberapa minggu lagi.
WhatsApp Stickers di Android
Untuk menggunakan WhatsApp Stickers di Android, pengguna hanya perlu tap pada ikon “Emoji”, dan seterusnya memilih ikon “Stickers”
Melaluinya, anda boleh memilih “Stickers” yang ingin dihantar kepada rakan-rakan. Anda juga turut boleh memuat-turun “Stickers” baru dengan tap pada ikon “+” yang terletak pada penjuru kanan atas pada tetingkap berkenaan.
WhatsApp Stickers di iPhone
Untuk menggunakan WhatsApp Stickers pada iPhone adalah lebih mudah. Sekiranya ciri ini telah diaktifkan untuk akaun anda, anda akan melihat ikon Stickers pada kotak menaip mesej anda.
Anda boleh tap pada ikon berkenaan, dan menghantar Stickers dengan mudah kepada kenalan anda.
Selain itu, untuk menambah “Stickers” baru, anda boleh tap pada ikon “+” yang terletak pada penjuru kanan, dan memuat-turun serta menambah koleksi “Stickers” anda.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp Messenger, mungkin boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menggunakan sokongan WhatsApp Stickers. Anda juga turut boleh memuat-turun pelbagai Stickers baru dan menggunakannya dalam mengekspresi mesej anda.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F1hdXH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment