Hi! Welcome Back and Stay Tune! GIGABYTE Memperlihatkan Kad Grafik AORUS Xtreme RTX 2080 Ti Dan RTX 2080 – Untuk Komputer Dengan Penyejuk Cecair - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GIGABYTE Memperlihatkan Kad Grafik AORUS Xtreme RTX 2080 Ti Dan RTX 2080 – Untuk Komputer Dengan Penyejuk Cecair

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti dan RTX 2080 baru sahaja dilancarkan bulan lalu, dan banyak syarikat pembuat kad grafik hadir dengan rekaan-rekaan yang agak kreatif untuk menyejukkan kad grafik tersebut.

GIGABYTE baru-baru ini memperkenalkan siri kad grafik RTX terbaru mereka, iaitu AORUS Xtreme RTX 2080 Ti dan RTX 2080. Kedua-dua kad grafik ini dibina khusus untuk mereka yang ingin membina komputer berkuasa yang disejukkan menggunakan penyejukan cecair.

Blok penyejukan kad grafik ini menggunakan tembaga. dan hadir dengan penutup akrilik yang juga mempunyai sistem pencahayaan LED. Dari segi spesifikasi khusus, model RTX 2080 Ti hadir dengan kelajuan Boost 1770MHz, manakala model RTX 2080 hadir dengan kelajuan 1890MHz.

Kedua-dua kad grafik ini memerlukan dua palam 8-pin kuasa PCIe untuk menguasakannya, dan hadir dengan ketebalan dua slot pengembangan kerana jumlah palam output video yang banyak, termasuklah tiga palam HDMI 2.0, tiga palam DisplayPort 1.4 dan sebuah palam VirtualLink.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RC6qVm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.