Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Dikenakan Tindakan Kerana Menjejak Lokasi Peranti Walaupun Kebenaran Tidak Diberikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Dikenakan Tindakan Kerana Menjejak Lokasi Peranti Walaupun Kebenaran Tidak Diberikan

Google dilihat kerap dikenakan tindakan atas hal-hal berkaitan privasi. Semalam, Google disaman oleh Rusia berkaitan dengan laman web yang tidak disekat. Terkini, Eropah dan Amerika Syarikat dilihat mengenakan tindakan undang-undang kepada Google disebabkan menjejak lokasi peranti pengguna – walaupun kebenaran tidak diberikan.

Di dalam peranti Android, semua aplikasi pengguna boleh kawal kebenarannya seperti tidak memberikan akses lokasi, kamera, storan, dan pelbagai lagi kebenaran lain. Tetapi, dalam kes terbaru ini – walaupun pengguna sudah mematikan kebenaran akses lokasi peranti mereka, Google masih mencari peluang untuk mengakses lokasi pengguna-pengguna. Google menggunakan notifikasi ‘location history‘ dan ‘web and app activity‘ untuk pengguna memberi akses lokasi mereka.

Tetapi jika Google didapati melanggar Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR), Google boleh dikenakan tindakan dengan membayar saman berjumlah 4% daripada hasil pendapatan global. Menurut wakil Google, walaupun pengguna sudah mematikan akses lokasi, tidak membenarkan atau lain-lain cara untuk menghalang akses Google – Google masih akan menjejak lokasi pengguna bagi memberi pengalaman penggunaan perkhidmatan Google yang baik.

Jika anda perasan, apabila anda berbual mengenai sesuatu produk atau bercuti ke sesuatu lokasi – di dalam laman carian Google, Google Discover atau Google Assistant, pasti akan ada satu iklan yang berkaitan dengan perkara yang anda bualkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BBsI4r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.