Hi! Welcome Back and Stay Tune! Minecraft : Story Mode Kini Di Netflix – Bentuk Penceritaan Interaktif Mengikut Pilihan Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Minecraft : Story Mode Kini Di Netflix – Bentuk Penceritaan Interaktif Mengikut Pilihan Anda

Minecraft boleh dikatakan merupakan salah satu permainan yang popular dan dimainkan ramai pemain seluruh dunia. Selain permainan, kini variasi permainan mereka turut hadir ke Netflix dalam bentuk penceritaan interaktif.

Dinamakan Minecraft : Story Mode, melaluinya para pengguna boleh memilih bentuk penceritaan yang mereka akan tonton. Hal ini dilakukan dengan pengguna membuat pilihan untuk beberapa perkara dalam cerita berkenaan – sekaligus mengubah bentuk penceritaan berkenaan.

Minecraft Story Mode

Minecraft Story Mode

Buat masa ini, tiga episod pertama telah pun diterbitkan di Netflix, dan boleh dimainkan semua pelanggan Netflix seluruh dunia.

Dengan pengenalan ciri ini, ia sekaligus mengubah Netflix kepada bentuk yang lebih interaktif berbanding kebiasaan yang mana anda hanya menontonnya semata-mata, dan tidak begitu berinteraksi dengan sesuatu kisah penceritaan.

Pengguna yang berminat boleh mengikuti Minecraft : Story Mode ini pada web, iOS, konsol dan TV pintar anda. Sokongan untuk Android masih belum diperkenalkan buat masa ini.

Tonton : Minecraft : Story Mode di Netflix



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KCV9ln

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.