Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenyataan Menteri Dalam Negeri : Peguam Pemaju Upah Kumpulan Mat Rempit Dan Samseng RM150 Ribu Untuk Buat Onar Di Kuil Hindu. Kena Tipu Lagi : 50 samseng Di Bayar Jumlah RM15,000. Baki RM135 Ribu Di Telan Kepala Samseng. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenyataan Menteri Dalam Negeri : Peguam Pemaju Upah Kumpulan Mat Rempit Dan Samseng RM150 Ribu Untuk Buat Onar Di Kuil Hindu. Kena Tipu Lagi : 50 samseng Di Bayar Jumlah RM15,000. Baki RM135 Ribu Di Telan Kepala Samseng.

Kepala samseng dibayar RM150,000.  

Bebudak Mat Rempit dan kaki pukul dibayar antara RM150 - RM300 satu kepala. 
Lets say RM300 lah - senang kira. (Cukup untuk beli 20 kotak rokok)

Jadi 50 orang samseng x RM300 upah setiap seorang = RM 15,000 jumlah.

Kepala samseng dibayar RM150,000.  
Maksudnya Kepala Samseng songlap RM150,000 - RM15,000 = RM135,000 !!
(Eh..ini macam kes 1MDB juga).

Rupanya Mat Rempit dan Kaki Pukul kena tipu juga.


KENYATAAN MEDIA

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
MENTERI DALAM NEGERI


Isu pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya pada 26 November 2018 telah mendapat perhatian rakyat. Pelbagai telahan telah dibuat berhubung insiden ini terutamanya mengenai penglibatan sekumpulan lelaki Melayu yang menceroboh kuil penganut agama Hindu dan menimbulkan kekecohan di tempat kejadian

Kerajaan memandang serius insiden ini yang telah mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.

Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan siasatan polis, insiden ini tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman. Kejadian ini berlaku berpunca daripada pertikaian antara pihak pemaju One City Development Sdn Bhd dan ahli jawatankuasa kuil mengenai hak milik tanah tapak kuil tersebut.

Sebagai penyelesaian kepada pertikaian ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014 telah merekodkan penghakiman persetujuan bahawa kuil tersebut akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang disedikan oleh pihak pemaju dan tapak asal kuil diserahkan kepada syarikat pemaju yang merupakan pemilik tanah.

Namun demikian, penghakiman persetujuan ini tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat pihak penganut agama Hindu yang membantah penghakiman tersebut. 

Berdasarkan siasatan pihak polis, terdapat dua kumpulan penganut agama Hindu dalam kes ini yang mana satu daripadanya bersetuju untuk berpindah dan satu kumpulan lagi tidak bersetuju.

Setelah beberapa siri rundingan antara pihak-pihak ini gagal mencapai kata sepakat, pihak pemaju telah merancang untuk melaksanakan perintah mahkamah dengan mengambilalih tapak kuil tersebut sepertimana perintah mahkamah.

Beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak pemaju untuk mengambilalih tapak kuil tersebut tetapi gagal disebabkan bantahan daripada kumpulan penganut agama Hindu dan kekecohan yang berlaku di tapak kuil.

  • Susulan itu, pihak pemaju sekali lagi merancang untuk mengambilalih tapak kuil yang dijadualkan bermula pada jam 7.00 pagi 26 November 2018. 
  • Perbincangan mengenainya telah diadakan di antara pihak pemaju dan ahli jawatankuasa kuil. 
  • Pihak polis juga telah dimaklumkan mengenai rancangan ini dan bersedia untuk mengawal ketenteraman di sekitar kawasan kuil tersebut.

Namun demikian, pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju telah tidak mematuhi proses pengambilalihan tapak kuil sepertimana yang dirancang mengikut peruntukan undang-undang. 

Siasatan pihak polis mendapati peguam kepada syarikat pemaju telah mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk menceroboh kuil tersebut dan mengawal kawasan kuil sebelum ketibaan pihak pemaju dan polis pada pagi 26 November 2018.

  • Berdasarkan siasatan polis, sejumlah RM150,000 telah diserahkan kepada ketua kumpulan ini untuk melakukan kerja menceroboh, mengambilalih dan mengawal kuil. 
  • Seramai lebih kurang 50 orang telah diupah untuk melakukan kerja ini yang setiap setiap seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300.

Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang ini telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu yang berada di kawasan kejadian sehingga menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan kerosakan harta benda.



Muhyiddin: Developer's lawyers hired thugs behind temple riots

PUTRAJAYA: The lawyers to the developer hired thugs that led to the riots, says Muhyiddin 

leader which instigated conflict was handed RM150,000 by the lawyers
which was used to pay the thugs involved from RM150 to RM300 each.

"Because they hired Malays to 'take care of things' at a Hindu temple, you can imagine the reaction it would trigger.

"..imagine what would happen if you send Hindus to take care of a mosque?" said Muhyiddin at a press conference here on Wednesday (Nov 28).




Saya amat kesal dengan tindakan gopoh dan cuai yang diambil oleh pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju yang jelas melanggar undang-undang. 

Sekiranya tindakan gopoh dan cuai ini tidak diambil, saya percaya insiden pergaduhan di antara kumpulan lelaki Melayu dan penganut agama Hindu di Kuil Sri Maha Mariamman tidak berlaku.

Susulan insiden ini, pihak polis telah menahan 21 orang individu untuk membantu siasatan. Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti individu-individu lain yang terbabit di dalam insiden ini, termasuk kejadian rusuhan yang melibatkan sekumpulan kaum India pada malam 27 November 2018. 

Insiden kedua ini telah menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota bomba dan seorang anggota polis selain kerosakan harta benda milik awam dan persendirian.

Saya telah diberikan taklimat terperinci oleh Ketua Polis Negara mengenai kedua-dua insiden ini dan saya percaya pihak polis akan dapat melengkapkan siasatan dalam masa terdekat serta membawa mereka yang terbabit dalam perbuatan jenayah ini ke muka pengadilan secepat mungkin.




Saya ingin menegaskan bahawa insiden pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman. Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah hidup secara aman dan harmoni sejak sekian lama. Tidak mungkin kerana satu kejadian terpencil yang membabitkan pertikaian antara jawatankuasa kuil dan pihak pemaju dijadikan sebab untuk mengeruhkan hubungan kaum dan agama di negara kita.

Saya menggesa pihak-pihak yang terlibat di dalam isu pertikaian hak milik tanah tapak Kuil Sri Maha Mariamman supaya menyelesaikan pertikaian tersebut secara baik menurut saluran undang-undang. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi isu ini untuk mencetuskan ketegangan kaum.

Saya telah mengarahkan pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berhubung insiden ini. Ini termasuk mereka yang membuat kenyataan berbaur perkauman yang bersifat provokatif, menyebarkan berita palsu yang berunsur fitnah dan hasutan serta menganjurkan perhimpunan-perhimpunan untuk membakar sentimen kaum.

Sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara keselamatan dan keamanan negara, Kementerian Dalam Negeri dan Polis DiRaja Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang menjejaskan ketenteraman awam. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil demi memelihara keselamatan dan keamanan negara.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Menteri Dalam Negeri

28 November 2018

My comments :

Dengan duit upah hanya RM150 - RM300 seorang, bebudak Mat Rempit, penagih dadah, penganggur dan kutu rayau tiba-tiba jadi "mujahidin Allahu Akbar" berani merempuh kuil Hindu. 

Sekarang tiba Terang bin Suluh, mereka berani sebab dapat duit kocek RM150. 
Bukan sebab mereka sudah faham apa maksud solat yang sebenarnya.

Murahnya bagi pejuang jihad karaoke-kan laungan Allahu Akbar.


Kepada pihak kuil pula, patuhi sahaja perintah mahkamah.

Tak kira ada kumpulan A atau kumpulan B, C, D atau E. 

Just obey the Court.  

If you do not want to obey the law then how do you expect others to also obey the law? 

On top of that,  replacement land has been provided, plus RM1.5 Million compensation has also been offered (sudah bayar kah).  

The Law has given its ruling. 
You cannot now say 'We will not obey the Rule of Law'.

We are fighting that Malaysia should be a country that obeys the Rule of Law.

So please show a good example. 



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TPXxcB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.