Unifi : Kabel Putus Berhampiran Nod Kajang, Trafik Internet Untuk Sekitar 1000 Pelanggan Di Kajang Mungkin Terjejas
Telekom Malaysia kini mengumumkan yang mana mereka mendapati terdapat kabel putus berhampiran nod Kajang, sekaligus mungkin memberikan kesan terhadap lebih kurang 1000 pelanggan Unifi di sekitar Kajang.
Telekom Malaysia mengatakan yang mana kejadian ini mungkin disebabkan oleh vandalisme, dan mereka sedang dalam proses membaiki kabel berkenaan.
Langkah TM untuk membuat pengumuman pantas ini boleh dikatakan suatu hal yang baik berbanding sebelum ini, dimana TM sering berdiam diri tanpa memberikan sebarang kemaskini kepada pengguna.
Dengan pengumuman awal ini juga, ia akan mengurangkan kadar aduan pengguna – sekaligus menjawab pelbagai pertanyaan pengguna mengenai mengapa kelajuan internet mereka perlahan.
#unifiAlerts Terdapat kejadian kabel putus berhampiran nod Kajang yang disyaki akibat vandalisme. Usaha menukar dan membaiki kabel sedang dijalankan. Trafik internet untuk lebih kurang 1,000 pelanggan unifi di Kajang mungkin terjejas. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan.
— unifi (@unifi) November 28, 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TOe3Kl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment