Kaji semula proses Pemilihan PKR, kata Anwar
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme e-undi pada pemilihan PKR perlu dilihat semula memandangkan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada segolongan pengundi terutama yang tidak celik teknologi maklumat (IT).
Beliau secara peribadi menyifatkan sistem manual (atas kertas) seperti sebelum ini adalah lebih baik, oleh itu akan membawa perkara berkenaan dalam jawatankuasa khas.
"Anda tanya pandangan peribadi saya, saya fikir kita kena kaji semula. Secara peribadi saya kurang minat tetapi parti ini (PKR) adalah parti demokratik.
“Namun ada ahli di kawasan luar bandar yang tidak begitu mahir komputer. Jadi timbul masalah besar dalam proses itu.
"Ini baik (menukar e-voting kepada kertas undi semula), tetapi (dalam hal) keahlian terus, kita bercakap mengenai kira-kira sejuta pengundi. Saya akan cadangkan kemudian bila mengambil alih, agar sebuah jawatankuasa khas mengkaji semula seluruh proses pemilihan,” katanya selepas perasmian Kongres Nasional PKR ke-13 di sini hari ini.
Pemilihan PKR kali ini mencatat sejarah apabila kali pertama undi dilaksanakan secara dalam talian menggunakan sistem e-undi secara digital berkonsepkan ‘satu ahli satu undi’ dengan 80,000 ahlinya layak mengundi.
Dalam pemilihan itu, 76 jawatan dipertandingkan di peringkat pusat dan 10,212 jawatan lagi membabitkan persaingan di peringkat cabang seluruh Malaysia.
Namun sistem berkenan terpalit dengan pelbagai masalah termasuk gangguan sistem talian, capaian internet, dakwaan penggodaman dan cubaan menggagalkan kelancaran dengan memasang ‘jammer’.
Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati anggota parti dan calon bertanding.
Tempoh pemilihan terlalu panjang selama sembilan minggu pula dilihat ‘tidak produktif’ serta menghalang calon-calon terlibat memberi fokus kepada tugasan hakiki mereka. - Bernama

✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zg7Qy2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment