8 Pemain Bola Sepak Yang Lebih HEBAT Daripada Kelab Mereka…
Lebih HEBAT ataupun merasakan diri mereka lebih HEBAT
Kami menyenaraikan beberapa pemain bola sepak yang mempunyai ego setinggi gunung.
1. Malcolm Macdonald (Newcastle)
Awak bukanlah seorang pemain profesional yang hebat, MacDonald, bola sepak bukannya tentang cetakan gol sahaja
– Gordon Lee
Pengurus Newcastle yang baru dilantik, Gordon Lee dan penyerang sensasi Magpies, Malcolm MacDonald tidak ditakdirkan sehaluan, terutama apabila Supermac mempersoalkan “Siapa Gordon Lee?” dalam Newcastle Evening Chronicle, selepas bekas bos Blackburn mengisi tempat duduk panas ketika musim panas tahun 1975.
“Pemilihan saya mula dipertikai selepas permulaan yang hambar,” sinis MacDonald beberapa tahun kemudian. Semasa kempen 1975/76 yang agak mengecewakan, Lee membuktikan pendiriannya dengan menggantikan MacDonald secara rutin dan memberitahunya: “Awak bukanlah seorang pemain profesional yang hebat, MacDonald, bola sepak bukannya tentang cetakan gol sahaja,” selepas MacDonlad mempersendakan rutin latihan Lee.
Hubungan Supermac dan Lee dari awal lagi tidak baik
Dua belas bulan kemudian, Supermac menandatangani kontrak bersama Arsenal dengan bayaran lumayan £333,333.33 (S$596,000). “Dia tidak berbaloi,” tegas Lee. MacDonald menjaringkan banyak gol untuk Highbury, sementara Lee menarik diri dari St James ‘Park dalam tempoh 18 bulan sebelum menguruskan Everton, Preston dan KR Reykjavik..
2. Ian Wright (Arsenal)
Wright menjadi semakin tak tentu arah apabila Rioch mendakwa bekas penyerangnya di Bolton, John McGinlay boleh melakukan penyudah untuk peluang yang dia terlepas
“Bruce Rioch melabel saya sebagai Charlie Big Potatoes,” kata penyerang Arsenal, Ian Wright yang berusia 32 tahun, setelah memutuskan untuk menyerahkan permintaan perpindahan pada Februari 1996.
Pengurus baru Arsenal itu telah melakukan cubaan untuk memperkenalkan corak permainan hantaran buat skuad Highbury, dan Wright semakin dahagakan bola. Semuanya bertambah tegang apabila kedua-dua mereka berbalas jeritan di dalam bilik persalinan ekoran kekalahan Gunners kepada Sheffield United dalam saingan Piala FA, dan Wright menjadi semakin tak tentu arah apabila Rioch mendakwa bekas penyerangnya di Bolton, John McGinlay boleh melakukan penyudah untuk peluang yang dia terlepas.
John McGinlay > Rioch’s grandma > Ian Wright
Penyerang itu kemudian menyatakan kejengkelannya secara jelas kepada timbalan pengerusi, David Dein, dan segalanya sudah tersurat buat Rioch, yang hanya bertahan satu musim di Highbury. Wright kekal, dan memecahkan rekod penjaring gol Arsenal.
3. Pierre van Hooijdonk (Nottingham Forest)
Saya telah memberitahu Pierre untuk tidak mengeruhkan keadaan- Dave Bassett
“Situasi itu mungkin dapat dikendalikan dengan cara berbeza, saya kini akur,” akui Pierre van Hooijdonk yang menyesal sedekad selepas serangan mogoknya ke atas Dave Bassett di Nottingham Forest.
Selepas menjaringkan 34 gol ketika musim kenaikan Forest ke Liga Perdana pada 1997/98, pemain Belanda yang bersemangat tinggi ini amat terkejut apabila skuad City Ground yang sepatutnya mengukuhkan skuad, menjual pula penyerang Kevin Campbell ke Trabzonspor dengan harga £2.5 juta dan pemain kegemaran peminat, Colin Cooper kepada Middlesbrough yang baru mendapat kenaikan.
Selepas permintaan perpindahannya ditolak, Van Hooijdonk mogok enggan bermain dan menjalani latihan dengan bekas kelab, NAC Breda untuk mengekalkan tahap kecergasannya. Selepas tiga bulan mogok, dia kembali ke kesebelasan utama, tetapi menyedari serta-merta bahawa pengurusnya, Bassett tidak mahukan dia terus berlayar.
“Saya telah memberitahu Pierre untuk tidak mengeruhkan keadaan,” kata bos Forest yang dipecat pada Januari 1999 saat kelab itu kembali ke divisyen dua. Pengurus baru, David Platt akhirnya menjual penyerang yang tidak lagi gembira tersebut kepada Vitesse Arnhem pada bulan Julai, dengan ucapan: “Mungkin adalah terbaik untuk Pierre tidak kembali ke sisi England ini untuk seketika.”
Van Hooijdonk tidak pernah lagi kembali, kemudian menyertai Benfica, Feyenoord (dua kali), Fenerbahce dan NAC Breda. Dia terakhir kali dilihat menggelar Robin van Persie dengan perkataan kesat.
4. Diego Maradona (Napoli)
Saya berbesar hati jika berpeluang untuk bekerja dengannya, tetapi tiada siapa – bahkan Diego – lebih besar daripada kelab ini – Claudio Ranieri
Berikutan rekod perpindahan dunia Diego Maradona (£6.9 juta) ke pasukan Serie A, Napoli pada tahun 1984, akhbar tempatan mendakwa: “Kami tidak mempunyai Datuk Bandar, rumah, sekolah, bas, pekerjaan dan sanitasi, tetapi ini tidak penting kerana kami mempunyai Diego Maradona.”
Ketibaan pemain sensasi Argentina ini disambut meriah dalam era emas kewujudan Napoli, dan mereka memenangi Serie A pada tahun 1987 dan 1990. Tetapi di luar padang, masalah peribadinya turut meningkat. Dia mengumpul lebih daripada $70,000 denda untuk sesi latihan dan perlawanan yang diponteng, dan kebimbangan mengenai hubungannya dengan kumpulan Mafia, Camorra juga mengeruhkan lagi keadaan.
Ketika bos baru, Claudio Ranieri tiba di kelab itu pada bulan Julai 1991, Maradona menjalani penggantungan perlawanan selama 15 bulan ekoran positif kokain. ” Saya berasa senang hati jika berpeluang untuk bekerja dengannya, tetapi tiada siapa – bahkan Diego – lebih besar daripada kelab ini.”
Selepas tempoh penggantungan tamat, Maradona berangkat ke Seville dan tidak lagi pemain yang sama.
5. Rodney Marsh (Man City)
Rakan sepasukan menuduhnya menganggu irama serangan mereka dan “menimbang bola seperti anjing laut”
https://www.youtube.com/watch?v=moDcxt-SsuA
Ketika Rodney Marsh menyertai Manchester City dari QPR pada bulan Mac 1972 untuk yuran lumayan £200,000, pengurus Malcolm Allison mendakwa penyerang tersebut merupakan kepingan jigsaw yang diperlukan untuk memenangi piala. Sebaliknya, ketibaan Marsh di Maine Road menjejaskan peluang kejuaraan mereka, dengan rakan sepasukan menuduhnya menganggu irama serangan mereka dan “menimbang bola seperti anjing laut”.
Walaupun mereka menghormati etika kerja Marsh, pemain yang berasal dari London ini kekal selama empat tahun, tetapi kejayaan semakin jauh dari City. Selepas satu tempoh di bangku simpanan kerana mengkritik pemilihan pasukan pengurus Tony Book, Marsh diminta oleh bosnya: “Jika awak fikir saya tidak berguna, ia tidak akan berfungsi. Adakah awak mahu menariknya semula?” “Tidak sama sekali, awak memang tidak begitu bagus, ” jawapannya.
Marsh segera ke Cork Hibernians dan kemudian Tampa Bay Rowdies, dengan rakan sepasukan Dennis Tueart mendakwa Marsh “menghabiskan masa terlalu lama bermain dengan rambutnya dan bercakap dengan teman wartawan Londonnya”.
6. David Beckham (Man United)
Becks menandatangani untuk Real Madrid, dan, Fergie berpendapat, ‘belum cukup menjadikannya seorang legenda United’
Walaupun David Beckham mendakwa bahawa dia dan bos Manchester United, Alex Ferguson mempunyai hubungan “bapa-anak”, ianya mula hancur di pertengahan tahun 2002/03. Kecederaan awal musim bermakna Becks bergelut untuk mendapatkan rentak, dan selepas mengalami kekalahan kepada Arsenal di Old Trafford dalam saingan Piala FA pada Mac 2003, Boot Gate berkata pemain tengah England itu telah menuju ke arah pintu keluar.
Dalam salah satu bukunya, bekas ‘supremo’ United, Fergie mengatakan bahawa Beckham gagal mengakui dia gagal menjaga pemain dengan baik untuk salah satu gol Gunners. Terdapat cerita yang muncul mengatakan Fergie juga tidak bersetuju dengan gaya hidup selebriti Beckham, topi beanie, gaya rambut dan hakikat yang dia “menjadikan satu misi untuk dikenali di luar padang”.
Walaupun memancing minat Barcelona, Becks menandatangani untuk Real Madrid, dan, Fergie berpendapat, ‘belum cukup menjadikannya seorang legenda United “. Beckham kemudian mengundurkan diri daripada pertengkaran mulut dengan Ferguson, menyatakan: “Seseorang yang berjaya seperti itu mempunyai pendapat mereka sendiri.”
7. Tony Yeboah (Leeds)
Yeboah, yang sekadar mempunyai prestasi baik selama setahun, membuka bajunya dan melemparkan ke arah Graham
“Saya rasa George Graham tidak berapa sukakan saya,” kata bekas penyerang Leeds, Tony Yeboah. “Saya fikir dia menjangkakan saya satu masalah.”
Ketika Scot mengambil alih di Elland Road pada musim luruh 1996, dia tidak yakin bahawa penyerang Ghana – kegemaran peminat di Elland Road berikutan gol rembatan padunya ketika menentang Liverpool dan Wimbledon pada musim sebelumnya – adalah pemain yang menaikkan semula Leeds.
Yeboah – yang mengakui telah naik beberapa kilogram berat badan kerana kecenderungannya untuk puding Yorkshire – kerap digantikan, atau diminta untuk bermain secara berseorangan di depan. Penghujungnya hadir pada Mac 1997.
Dengan tuduhan baru dengan ketinggalan kepada Tottenham 1-0, Graham menggantikan penjaring terbanyak Bundesliga dua kali ini dan menggantikannya dengan pemain pertahanan. Yeboah, yang sekadar mempunyai prestasi baik selama setahun, membuka bajunya dan melemparkan ke arah Graham. Ia nyata bukan satu langkah bijak. Dia tidak pernah lagi bermain untuk Leeds, dengan Graham mendakwa: “Yeboah tidak memiliki etika pasukan yang tepat ketika ini untuk membenarkan saya memilihnya.”
8. Giorgio Chinaglia (New York Cosmos)
Saya tidak boleh dilatih, memang benar. Itu kerana saya lebih tahu banyak perkara berbanding jurulatih-jurulatih lain yang bodoh- Giorgio Chinaglia
Pada tahun 1976, NASL tidak biasa lagi dengan kedatangan pemain ke dalam senario mereka. Jadi ketika wira Lazio dan bekas pemain antarabangsa Itali, Chinaglia dipancing ke Big Apple oleh orang kuat Cosmos, Clive Toye, pasukan Amerika tersebut cukup gembira.
Tetapi Chinaglia, yang sebenarnya memulakan kariernya di Swansea, datang dengan bagasi. Dia telah meninggalkan Itali pada mulanya kerana menerima ancaman terhadap keselamatannya daripada penyokong lawan, tetapi itu tidak menghalangnya membuat onar di New York.
“Chinaglia menamatkan cutinya pada tahun 1975 dan memberitahu kami dia mahu datang. Sama ada itu, atau dia akan membeli francaisnya sendiri,”kemudian presiden Toye mengimbau semula, dan pernah menyatakan pemain lamanya itu “tidak boleh dilatih”.
“Saya tidak boleh dilatih, memang benar. Itu kerana saya lebih tahu banyak perkara berbanding jurulatih-jurulatih lain yang bodoh.”
Walau bagaimanapun, hubungan itu berbuah: Chinaglia kekal di sana selama tujuh tahun, bermain bersama (dan mencabar) nama-nama seperti Pele, Carlos Alberto dan Franz Beckenbauer, menjaringkan 397 gol sepanjang perjalanan. “Saya penyudah,” katanya pada 1978. “Ini bermakna apabila saya menyudahkan bola, ia berada di belakang jaring.”
Selepas bersara pada 1983, dia menjadi presiden Lazio dan kemudian mewarisi 60% saham Cosmos pada tahun berikutnya, mewakilkan tanggungjawab di tempat lain, sebelum francais yang gagal sepenuhnya ini bungkus pada 1986. Namun, pada 2014, Cosmos mula beroperasi semula dan baju No.9 dirizabkan untuk menghargai Chinaglia.
Sumber: FOURFOURTWO (https://ift.tt/2U1rNRX)
The post 8 Pemain Bola Sepak Yang Lebih HEBAT Daripada Kelab Mereka… appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ADZsZ1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment