PSA : Pengguna iPhone? Diskaun Untuk Penukaran Bateri Hanya Sehingga Penghujung 2018
Pada penghujung tahun lepas, Apple telah mengumumkan yang mana mereka meminta maaf kerana memperlahankan peranti disebabkan masalah prestasi bateri yang lama, dan turut menawarkan diskaun untuk pertukaran bateri iPhone 6 dan terkini.
Harga diskaun ini telah diimplementasikan sejak daripada awal tahun 2018 ini, dan ia akan berakhir pada penghujung tahun ini – iaitu dalam masa kurang sebulan lagi.
Sekiranya anda merupakan pengguna peranti iPhone 6 dan terkini, serta berhasrat untuk membuat perubahan bateri pada peranti anda, mungkin kini adalah masanya – sebelum harga pertukaran bateri dinaikkan bermula tahun 2019 kelak.
Program diskaun untuk pertukaran bateri ini meliputi model iPhone SE, iPhone 6, dan terkini pada harga bermula RM129. Bagi anda yang berhasrat untuk membuat pertukaran bateri anda, mungkin boleh lakukannya di pengedar rasmi Apple sebelum harga dinaikkan kembali ke harga asal yang melangkaui RM300.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RrGNqC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment