Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) Google Mungkin Menamatkan Hangouts Pada 2020 Kelak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) Google Mungkin Menamatkan Hangouts Pada 2020 Kelak

Boleh dikatakan Google agak aktif menamatkan perkhidmatan yang kurang popular, atau sekiranya terdapat perkhidmatan seumpamanya yang lain daripada mereka. Terkini, laporan baru hadir mengatakan Google mungkin menamatkan Google Hangouts menjelang 2020 kelak.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai pengguna. Hal ini kerana Google sebelum ini telah pun memfokuskan penawaran Hangouts kepada perusahaan, sementara untuk pengguna umum, Google menawarkan Android Messages berasaskan teknologi RCS.

Google Hangouts sedia hadir pada GMail, membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah bersama rakan-rakan yang lain. Terdapat sejumlah pengguna yang masih mengemarkannya dan menggunakannya hari ini. Ia dikatakan Google mungkin akan mengekalkan penjenamaan Hangouts untuk perusahaan melalui G Suite, dan sekadar menamatkan penawaran untuk pengguna awam sahaja.

Google masih belum mengumumkan hal ini secara rasminya lagi buat masa ini. Sekiranya benar, tidak mustahil kita mendengar mengenainya dalam masa terdekat ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FNgCsP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.