Anak sering diherdik berisiko penyakit jantung, masalah pendengaran
Perbuatan menjerit, menengking atau mengherdik adalah
tindakan spontan ibu bapa ketika berdepan dengan ragam anak-anak.
Namun jika anda memiliki anak yang masih kecil, jangan terlalu kerap menengking. Ini kerana tindakan itu bukan sahaja memberi kesan jangka pendek malah berisiko terhadap pertumbuhan kanak-kanak itu selain memusnahkan sel-sel otak.
FMT Ohsem memetik laporan Daily Mail menyenarai kesan anak-anak yang sering diherdik oleh ibu bapa atau penjaganya.
1) Anak akan memberontak
Untuk kali pertama dimarahi mungkin wujud perasaan takut tapi apabila ia dilakukan secara kerap, anak akan lali dan melawan balik sebagai tanda mempertahankan perbuatannya.
Jika ia berterusan anak cenderung membesar dengan personaliti degil dan pentingkan diri sendiri. Mereka juga berkemungkinan mengalami tekanan hidup kerana sukar memahami pola masalah yang dihadapi.
2) Merosakkan sel otak
Ramai ibu bapa yang sering mengugut dan menengking anak yang tidak menurut perintah boleh menyebabkan kerosakan sel-sel otak dengan serta-merta pada anak.
Kajian oleh Lise Gliot mendapati suara kuat daripada ibu bapa boleh mempengaruhi sel-sel otak anak dalam proses pertumbuhan secara negatif.
Keadaan ini membuatkan anak-anak menjadi lambat dalam bertindak terutamanya dalam proses pembelajaran.
2) Berisiko lemah jantung
Anak yang sering ditengking atau diherdik oleh ibu bapa berisiko mempunyai penyakit lemah jantung dan gangguan pendengaran.
Herdikan yang kerap kali didengari dan berlaku tanpa henti boleh mengakibatkan denyutan jantung lebih laju daripada normal.
Setiap kali anak mendengar suara anda ia menyebabkan jantung berdegup lebih laju dan mudah lemah dalam jangka panjang.
Dr. Gondeliva Maria dari Universiti Gajah Mada, Yogyakarta menjelaskan denyutan nadi seseorang berubah-ubah bergantung kepada suara yang didengari.
3) Anak ulangi sikap pemarah
Ibu bapa adalah contoh pertama kepada anak-anak, sekiranya persekitaran anak sentiasa dikelilingi tengkingan dan herdikan, anak juga berpotensi meniru perbuatan tersebut kerana menganggap itu adalah perbuatan biasa yang dilalui setiap hari.
Anak berpotensi besar untuk menjerit-jerit dan berkelakuan kasar dalam pergaulannya.
4) Anak jadi penakut dan tidak bertanggungjawab
Apabila sentiasa dimarahi, anak akan menjadi penakut dan memilih untuk mendiamkan diri kerana merasakan setiap perbuatan yang dilakukan adalah salah. Ini sekali gus menjadikannya kurang keyakinan diri dan tidak bertanggunjawab.
Mereka ini apabila besar sukar untuk bersosial dan sering merasakan rendah diri di hadapan orang di sekeliling.
5) Tiada kepercayaan diri
Anak yang sering dimarahi akan merasakan hilang kepercayaan pada orang di sekeliling mereka.
Fenomena sering dimarah ibu bapa ini akan terbawa-bawa sehinggakan anak juga cenderung memarahi orang sekekiling sebagai ‘balasan’ di atas perbuatan orang tuanya.
Oleh itu, jangan terlalu kerap memarahi anak sebaliknya tegurlah secara diplomasi dan dengan penuh kasih sayang. Elak membunuh personaliti anak dengan herdikan yang boleh membinasakan masa depan mereka. Ibu bapa wajar menyediakan zaman kecil anak-anak yang indah dan penuh keseronokan.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2EL2rm8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment