Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia 808 PureView, N8, E7 dan C7 Menerima Kemaskini Sistem Operasi Symbian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia 808 PureView, N8, E7 dan C7 Menerima Kemaskini Sistem Operasi Symbian

Sistem operasi Symbian pernah suatu ketika dahulu adalah yang paling popular di dunia dengan pegangan 73% pada tahun 2006. Sejurus sebelum pembangunan dihentikan pada tahun 2012, angka ini menjunam ke hanya sekitar 4.4% sahaja. Tempat Symbian kini digantikan oleh Android yang digunakan pada lebih 85% peranti di pasaran. Sungguhpun begitu masih terdapat sebilangan kecil pembangun yang terus menyokong Symbian dalam bentuk custom ROM.

Delight ialah custom ROM berasaskan Symbian Belle yang dibangunkan oleh SIStore sejak 2014. Sempena Hari Krismas dua hari yang lalu, mereka mengeluarkan kemas kini Delight 1,7 untuk pengguna peranti Nokia 808 PureView, N8, E7 dan C7. Kesemua peranti ini menerima penambahbaikan pada sokongan aplikasi, antaramuka, sambungan WiFi, sijil SSL, peningkatan mod kamera dan pelbagai lagi.

Kami tidak tahu berapa ramaikah pembaca Amanz yang masih mempunyai empat peranti klasik ini. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan Delight 1.7, anda boleh memuat turun secara percuma menerusi pautan di bawah.

  Muat turun custom ROM Delight 1.7



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Sl7w8H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.