Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Mungkin Hadir Dengan Enam Variasi Memori Berbeza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Mungkin Hadir Dengan Enam Variasi Memori Berbeza

Apabila kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 diumumkan dahulu, ia hadir dengan dua variasi memori yang berbeza, iaitu 6GB dan 3GB GDDR5. Terkini, melalui pemfailan EEC (Eurasian Economic Commission) yang tertiris baru-baru ini, NVIDIA mungkin akan hadir dengan lebih banyak lagi variasi kad grafik dari itu.

VideoCardz melaporkan bahawa kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 ini akan hadir dengan enam jenis kad grafik yang berbeza. Ini adalah kerana setiap variasi memori kad grafik tersebut akan hadir dengan memori GDDR6 dan GDDR5/X.

Menurun pemfailan GIGABYTE, enam konfigurasi memori yang akan dilancarkan termasuklah:

Model Jumlah Memori Jenis Memori
GV-N2060AORUS X-6GC 6GB GDDR6
GV-N2060AORUS X-6GD 6GB GDDR5/X
GV-N2060AORUS X-4GC 4GB GDDR6
GV-N2060AORUS X-4GD 4GB GDDR5/X
GV-N2060AORUS X-3GC 3GB GDDR6
GV-N2060AORUS X-3GD 3GB GDDR5/X

Ini cukup menarik kerana jika ia benar kad grafik RTX 2060 ini hadir dengan sokongan untuk Ray Tracing dan Deep Learning Super Sampling, terdapat kebarangkalian bahawa NVIDIA akan membawa kad-kad ini ke pasaran grafik yang lebih mampu-milik berbanding dengan kad-kad grafik seperti RTX 2080 Ti, RTX 2080 dan RTX 2070.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Q4hfOO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.