Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Didakwa Di Israel Kerana Dikatakan Menggunakan Suara Untuk Siri Tanpa Kebenaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Didakwa Di Israel Kerana Dikatakan Menggunakan Suara Untuk Siri Tanpa Kebenaran

Pembantu maya kerap saya gunakan setiap hari untuk melakukan carian serta membaca berita. Siri ialah ialah pembantu maya Apple yang telah wujud sejak 2011 dan kini menyokong lebih 20 bahasa dan antaranya ialah Hebrew. Di Israel Apple kini disaman oleh Galit Gura-Eini kerana didakwa menggunakan suara beliau untuk Siri tanpa kebenaran.

Galit Gura-Eini ialah seorang personaliti radio dan suara beliau telah digunakan sebagai suara rasmi Waze di Israel. Beliau melakukan rakaman suara untuk Nuance Communications Inc pada tahun 2007 dengan perjanjian ia digunakan untuk tujuan tertentu sahaja.

Siri - ShazamDi dalam writ saman yang difailkan. wanita ini berkata suara beliau kini digunakan oleh pengguna Siri untuk mengeluarkan kata-kata kesat dan ungkapan yang memalukan. Ini dikhuatiri boleh merosakkan imej beliau kerana suara Galit Gura-Eini dikenali ramai di Israel.

Beliau telah meminta Apple untuk tidak lagi menggunakan suara beliau tetapi permintaan ini ditolak. Apple berkata frasa suara Galit Gura-Eini diperoleh secara sah menerusi Nuance dan beliau tidak mempunyai hak ke atas suara yang telah dibeli serta beliau telahpun menerima bayaran ke atas penggunaannya. Sungguhpun begitu Galit Gura-Eini meminta bayaran ganti rugi NIS 250,000 (~RM 275,999) dari Apple.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2QcIIh5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.