Kemaskini Mengatasi Masalah Input Sesentuh Pada Pocophone F1 Sedang Diuji
Pihak pembangun Pocophone hari ini berkongsi beberapa kemaskini berkaitan sistem operasi Pocophone F1. Antaranya adalah berkenaan dengan masalah lengah masa sesentuh dan juga masalah input pada Pocophone F1.
Pihak Pocophone mengatakan mereka telah menguji beberapa pengoptimasian pada versi beta sistem operasi untuk Pocophone F1, dan dijangka memperkenalkannya kepada semua secepat mungkin.
Sebelum ini, ramai pengguna Pocophone yang mengatakan mereka menghadapi masalah input – yang mana memberikan impak besar sekiranya anda bermain permua, atau menaip dengan pantas pada telefon pintar berkenaan.
Kemaskini akan datang ini dijangka akan mengatasi beberapa masalah berkenaan.
Selain itu, pihak Pocophone juga turut mengatakan mereka tidak sempat menawarkan sokongan Widevine L1 untuk penstriman pada tahun ini, dan dijangka memperkenalkannya pada tahun 2019 kelak. Sokongan Widevine L1 diperlukan untuk perkhidmatan penstriman seperti Netflix dalam memaparkan kandungan pada resolusi HD.
Bagi pengguna Pocophone F1, mungkin perlu nantikan sehingga awal tahun 2019 kelak untuk menerima kemaskini perisian yang mengatasi pelbagai masalah ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Q96Tx2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment