Jam Tangan Pintar Louis Vuitton Tambour Horizon 2019 Diumumkan
Jam tangan pintar Android Wear masih lagi dihasilkan walaupun jarang sekali dilihat di dunia sebenar. Keluarga jam tang pintar Android ini bertambah satu lagi dengan pengumuman Louis Vuitton Tambour Horizon 2019 yang dijana oleh cip Snapdragon Wear 3100.
Selain pemproses yang terkini, jam tangan pintar ini turut hadir dengan muka jam baharu yang memaparkan masa analog 24 jam. Bateri boleh bertahan sehingga 24 jam apabila ditambat kepada telefon pintar dan sehingga lima hari jika hanya memaparkan waktu.
Harga dan tarikh juala masih belum diumumkan tetapi memandangkan ia berjenama LV, ia pastinya lebih mahal berbanding jam Android Wear biasa. Sebelum ini seutas Louis Vuitton Tambour Horizon 2017 dijual pada harga bermula $2450 (~RM10,162).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Vl8Gmk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment