CERITA BRUCE LEE TEWAS DI TANGAN DATO MEOR ADALAH PALSU!
Artikel ini ditulis bukan untuk memenangkan mana-mana pihak, tapi untuk memberi penjelasan yang benar kepada semua. Sekiranya kisah pertarungan Bruce Lee dengan Dato Meor disaksikan sendiri oleh anda, anda boleh menghubungi saya untuk berkongsi kisah yang sebenarnya.
Namun artikel mengenai pertarungan Bruce Lee dengan Dato Meor yang telah tular sekian lama (sejak awal tahun 2000) ini perlu dihentikan segera kerana mengandungi banyak maklumat-maklumat yang mencurigakan dan salah justeru membuatkan bangsa kita, bangsa melayu dipandang rendah kerana dengan mudahnya mempercayai cerita yang disebarkan melalui internet.
Kenali Dan Inosanto sahabat baik Bruce Lee
Sebelum meneruskan lagi, saya ingin berkongsi sedikit maklumat dahulu tentang Dan Inosanto, seorang pakar seni mempertahankan diri juga seorang partner yang sangat rapat dengan Bruce Lee.
Inosanto jugalah yang memperkenalkan nunchacku dan mengajar asas-asas pergerakan nunchaku kepada Bruce Lee. Boleh dikatakan Inosanto adalah orang yang sentiasa berdamping dengan Bruce Lee ke mana sahaja beliau pergi.
dan inosanto gambar terbaru
Dan Inosanto juga telah diberi tauliah oleh Bruce Lee untuk mengajar sistem seni mempertahankan diri yang dicipta olehnya (Jeet Kune Do). Walaupun begitu, Dan Inosanto bukan sahaja mahir dalam kung fu, tetapi beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri yang lain seperti Muay Thai dan juga Silat Kuntao. Pada era 70an, pencak silat dikenali dunia kerana beliaulah yang telah mencadangkan agar seni mempertahankan diri itu dimasukkan ke dalam filem Bruce Lee bertajuk Game of Death.
Benarkah Bruce Lee sangat berminat tentang Silat?
Menurut Dan Inosanto, memang benar Bruce Lee banyak juga mengkaji tentang silat. Namun beliau memang tidak pernah mengamalkannya atau menuntut ilmu persilatan dari mana-mana guru Silat Nusantara. Kisah-kisah mengenai pertemuan Bruce Lee dengan guru Silat Nusantara kebanyakannya adalah rekaan dan tidak benar.
Benarkah Bruce plagiat pergerakan Silat?
Ini juga tidak benar. Bruce Lee memang mengaku ada meniru gaya orang lain. Misalnya… Bruce Lee telah meniru pergerakan Muhammad Ali iaitu pergerakkan shuffle kaki dan teknik melonggarkan kaki. Akan tetapi tiada pergerakan Silat yang pernah ditiru dan digunakan oleh Bruce Lee dalam amalannya. Terlalu banyak perbezaannya teknik pergaduhan jalanan Bruce Lee dengan Pencak Silat.
Benarkah Bruce Lee pernah ditewaskan Dato Meor Abdul Rahman?
Dan Inosanto ada juga menyebut tentang hal ini. Beliau berkata bahawa kisah tidak benar ini harus dihentikan serta-merta kerana ianya telah menjadi kepercayaan ramai pengamal seni mempertahankan diri di Malaysia sejak tahun 2004.
Mengikut cerita yang tersebar di internet, ketika Dato Meor Dalam perjalanan ke England, kapal terbang terlah berhenti seketika (transit) di Hong Kong pada 13 July 1973.
Apabila mengetahui Dato Meor sedang berada di Hong Kong, Bruce Lee lantas berjumpa Dato Meor untuk bertarung. Diceritakan juga bahawa Bruce Lee menyapa Dato Meor dengan sombong dan angkuh. Dato Meor pada ketika itu berumur 56 tahun dan Bruce Lee berumur 32 tahun.
Kononnya kerana terlalu dipaksa Bruce Lee, Dato Meor pun telah menggunakan teknik “Kipas Senandung” ke atas Bruce Lee menyebabkan Bruce Lee mengalami kecederaan dalaman justeru menjadi punca kematiannya. Semua kisah ini adalah TIDAK BENAR sama sekali.
Pertama sekali, kisah ini mula tular selepas kematian kedua-dua tokoh ini iaitu Dato Meor dan Bruce Lee. Semasa hayat mereka tidak pernah pula didengari pun tentang ini.
Yang kedua, adakah logik sekiranya perjalanan dari England ke Malaysia, kapal terbang berhenti transit di Hong Kong? Tidak pula diceritakan punca transit ke Hong Kong tersebut.
Yang ketiga, pada tahun 70an, Bruce Lee sudah pun menjadi seorang yang sangat-sangat sibuk dengan urusan kerjayanya. Beliau adalah superstar yang dikenali ramai dan juga seorang pengarah filem terkenal. Pasti ramai akan mengerumuni beliau dan menjadi saksi kisah tersebut kalau benar beliau datang ke lapangan terbang Kai Tak untuk bertarung dengan Dato Meor. Ditambah pula lapangan terbang Kai Tak Hong Kong telah memiliki cctv sejak awal tahun 70an lagi. Pasti ada rakaman peristiwa itu sekiranya benar.
Adakah pengawal keselamatan airport membiarkan saja mereka berlawan? Mustahil. Kalau ya pun, pasti sekuriti akan suruh bertarung di luar yang menguatkan fakta lagi bahawa Dato Meor tak akan boleh keluar dari airport sewenang-wenangnya ketika transit. Kalau terlepas flight macam mana?
Bruce Lee bukan seorang yang suka mencabar orang yang tidak dikenalinya. Ini adalah fitnah ke atas Bruce Lee. Hakikatnya adalah berlawanan sangat dengan kisah tersebut.
Ramai pun yang mencabar Bruce Lee namun biasanya tidak akan diendahkan oleh beliau.
Dikatakan krew penerbitan yang pernah bekerja dengan Bruce Lee semuanya tergelak besar apabila mengetahui tentang cerita Bruce Lee dikalahkan Dato Meor ini.
Punca Kematian Bruce Lee yang sebenar
Hal ini diceritakan sendiri oleh isterinya, Linda Lee Cadwell yang sangat terkilan dengan sikap media menyebarkan risalah palsu mengenai mendiang suaminya. Ada yang mengatakan punca kematian adalah disebabkan pengambilan dadah, dan ada juga mengatakan Bruce Lee dibunuh seseorang.
linda lee cadwell isteri bruce lee
Yang sebenarnya, Bruce Lee mati disebabkan oleh Edema Sebebral dimana kondisi ini menyebabkan peningkatan jumlah air di dalam otak yang berpunca dari alahan kepada Equagesic (meprobamate and aspirin).
Equagesic digunakan oleh Bruce Lee untuk mengurangkan kesakitan ligamen, otot, saraf, tendon dan struktur yang menyokong tulang belakang.
Keputusan ini telah dikeluarkan bukan dari satu unit forensik sahaja, tapi dari banyak unit forensik lain di seluruh dunia. Walaupun keputusan ujian ada mengatakan badan Bruce Lee mengandungi bahan seperti kanabis, namun itu sudah tentu bukanlah penyebab kematiannya. Tak pernah dengar lagi ada orang mati kerana kanabis.
Kesimpulan
Masih banyak lagi cerita-cerita palsu mengakui kononnya ada individu berjaya menewaskan Bruce Lee contohnya kisah Dicky Dzulkarnaen dari Indonesia dan Willem Reeders dari China. Kebanyakannya hanya untuk menaikkan nama dan memartabatkan pertubuhan masing-masing. Itu sahaja.
Bukan mahu merendahkan martabat Seni Persilatan Melayu. Kita sebagai bangsa Melayu memang perlu menjaga adat budaya kita agar kekal ke anak cucu. Apa lagi yang boleh ditinggalkan kepada generasi depan selain adat dan budaya?
Saya sendiri sangat menyanjungi Seni Silat dan juga ketokohan Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman. Namun kisah palsu yang tersebar ini harus dihentikan la. Majulah seni, budaya, bangsa, seni silat dan pemikiran untuk negara.
Allahu’alam…
Sumber: zulsegamat
The post CERITA BRUCE LEE TEWAS DI TANGAN DATO MEOR ADALAH PALSU! appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2EfcHmh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment