Huawei Y Max Dengan Skrin 7.12-inci Akan Hadir Ke Malaysia Pada 12.12
Huawei Malaysia hari ini telah hadir dengan gambar acah untuk telefon pintar baru dibawah siri-Y, iaitu Huawei Y Max.
Telefon pintar ini memfokuskan kepada penawaran saiz skrin dan juga bateri besar – sekaligus membolehkan para pengguna untuk menikmati pelbagai media pada peranti berkenaan, dan digunakan untuk tempoh masa yang lama.
Huawei Y Max ini hadir dengan skrin 7.12-inci, dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut hadir menggunakan bateri 5000mAh.
Dari segi rekaan, telefon pintar ini menggunakan skrin bertakuk kecil, selain menggunakan dwi-kamera dibelakang. Pada kerangka belakang juga, ia membawakan rekaan seumpama kulit – sekaligus kelihatan sedikit premium dan berbeza berbanding peranti lain di pasaran hari ini.
Huawei Malaysia mengatakan ia akan ditawarkan pada 12 Disember 2018 ini – selari dengan jualan hujung tahun 12.12 yang disambut melalui pelbagai platform.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Qz1dRi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment