Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketua Pegawai Kewangan Huawei Ditahan Di Kanada Atas Arahan Amerika Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketua Pegawai Kewangan Huawei Ditahan Di Kanada Atas Arahan Amerika Syarikat

Pagi ini ketua pegawai kewangan Huawei, Meng Wanzhou telah ditahan di Vancouver Kanada. Penahanan beliau dilakukan bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat kerana Huawei dituduh menjual teknologi kepada Iran. Negara Iran kini sedang disekat dari mengimport atau menggunakan teknologi oleh PBB.

Penahanan Meng Wangzhou pastinya menimbulkan kemarahan Huawei kerana beliau juga merupakan anak kepada pengasas mereka Ren Zhengfei. Kerajaan China dengan pantas memprotes penahanan beliau dan meminta kerajaan Kanada dan Amerika Syarikat untuk membebaskan beliau. Insiden terkini ini akan menegangkan lagi hubungan di antara Washington dan Beijing kerana perbalahan mengenai tarif serta sekatan perdagangan di bawah kerajaan Donald Trump. Huwei turut telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan mereka tidak melanggar sebarang undang-undang antarabangsa dan memenuhi peratusan perdagangan EU, US dan PBB.

Awal tahun ini, ZTE didenda RM 6.8 bilion kerana didapati bersalah menjual teknologi telekomunikasi kepada Korea Utara. Mereka telah dihalang dari melakukan sebarang pengimportan teknologi dari A.S sehingga di ambang menghentikan operasi. Kerajaan A.S kemudian hanya membenarkan ZTE beroperasi semula dengan membayar denda, menggantikan barisan lembaga pengarah dan bersetuju meletakkan pemantau dari A.S di dalam syarikat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RDd8uG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.