Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Memfailkan Paten Penggunaan USB-C Magnetik – Memudahkan Sambungan Kabel Ke Peranti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Memfailkan Paten Penggunaan USB-C Magnetik – Memudahkan Sambungan Kabel Ke Peranti

Syarikat gergasi sering memfailkan paten bertujuan untuk digunakan pada produk akan datang, atau sekadar melindungi inovasi mereka. Terkini, Microsoft dilihat telah memfailkan paten untuk penggunaan sistem USB-C bermagnetik pada peranti seperti Surface.

Untuk makluman, pada masa kini, Surface Pro 6 masih menggunakan pengecas tersendiri. Walaubagaimanapun, memandangkan Surface Go telah mula menggunakan USB-C, kita mungkin melihat perubahan pada panel pengecasan Surface Pro pada tahun hadapan.

Apa pun, berbalik pada paten ini, ia bukan sekadar USB-C biasa, tetapi turut dilengkapi sokongan magnetik.

Magnetik USB-C

Melaluinya, Microsoft memperlihatkan integrasi penggunaan dua jenis kabel. Apabila kabel USB-C tanpa magnetik disambungkan – ia mengaktifkan sebuah sistem selak khusus untuk menghubungkan kabel berkenaan. Sebaliknya, sekiranya kabel dengan sokongan magnetik digunakan, ia tidak mengaktifkan sistem selak berkenaan, sebaliknya menggunakan sokongan magnetik untuk memudahkan pengguna menghubungkan dan menanggalkan ia.

Dengan sistem magnetik ini juga, Microsoft dilihat ingin memudahkan pengguna menghubung dan menanggalkan sesuatu kabel tanpa keperluan daya yang tinggi seperti hari ini. Selain untuk USB-C, Microsoft juga dilihat ingin menggunakan sistem lebih kurang sama pada penyambung lain pada peranti.

Apa pun, seperti biasa, buat masa ini ia hanya sekadar pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan hadir pada peranti keluaran Microsoft.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SqrMpt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.