Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekolah Di China Memantau Lokasi Pelajar Menggunakan Pakaian Pintar – Elak Pelajar Ponteng Sekolah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekolah Di China Memantau Lokasi Pelajar Menggunakan Pakaian Pintar – Elak Pelajar Ponteng Sekolah

Kita sedia maklum yang mana terdapat pelbagai pemantauan menggunakan sistem pintar dilakukan di China. Terkini, mengikut laporan terbaru, ia diliha sekitar 10 sekolah di China sedang menguji sebuah pakaian pintar untuk pelajar yang memantau lokasi semasa pelajar berkenaan.

Pakaian pintar berkenaan hadir dengan dua cip terbina yang mengambil data kehadiran pelajar. Ia akan mendaftar data apabila seseorang pelajar memasuki sekolah dan keluar daripadanya – serta pada masa yang sama menghantar data berkenaan kepada cikgu dan juga ibu bapa.

Pakaian Pintar

Sekiranya seseorang pelajar keluar daripada kawasan sekolah, ia akan memasang penggera secara automatik – sekaligus mengelak pelajar daripada ponteng sekolah dan sebagainya.

Menariknya, setiap pakaian berkenaan juga didaftarkan dengan wajah pelajar berkenaan – dimana ia akan turut digunakan bersama pada sistem sekolah untuk mengelak pelajar berbeza menggunakan pakaian pintar berkenaan.

Pakaian pintar ini dikatakan boleh bertahan sekitar 500 basuhan, dan telah digunakan sejak 2016 yang lepas pada peringkat ujian.

Walaupun ia mungkin menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan pengguna, tetapi mengikut data yang dihimpunkan, kehadiran pelajar ke sekolah meningkat melalui penggunaannya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2LH75CU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.