Data Peribadi Lebih Sejuta Pelajar Dan Alumni Salah Satu Universiti Terkemuka Tempatan Dilaporkan Tertiris
Data peribadi adalah rahsia dan sekiranya jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab akan menyebabkan anda menjadi mangsa pencurian identiti. Sejak akhir-akhir ini pengguna lebih cakna tentang data mereka dan mengakibatkan mereka menjadi lebih berhati-hati dengan perkhidmatan atas talian yang digunakan. Namun begitu, hari ini, Lowyat.net melaporkan 1,164,540 data peribadi pelajar dan alumni dari salah satu universiti awam tempatan telah pun tertiris.
Antara data peribadi yang tertiris adalah termasuk nama pelajar, nombor pelajar, nombor MyKAD, alamat rumah, emel dan nombor telefon.
Setakat ini pangkalan data pelajar dan alumni dari tahun 2000 hingga 2018 disahkan tertiris. Selain ketirisan data daripada universiti tempatan yang berpangkalan di Shah Alam berkenaan, ia turut dilaporkan yang mana data daripada kampus universiti awam berkenaan di negeri-negeri lain turut terkesan, selain kolej kerjasama mereka.
Lowyat.net turut melaporkan yang mana data tertiris berkenaan berlaku antara Februari ke Mac 2018 yang lepas – selain dikatakan ia tidak berasal daripada sebarang perkhidmatan atas-talian universiti berkenaan. Buat masa ini, pihak universiti tersebut masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini. Pihak berkuasa mengatakan perkara ini dalam siasatan buat masa ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2R8sk1P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment