Xiaomi Melancarkan Laman E-Dagang Tersendiri, ShareSave
Terdapat banyak laman e-dagang untuk pengguna luar China membeli belah barangan dari China dan dihantar ke negara masing-masing. Di Malaysia, pengguna boleh menggunakan Lazada (ada kerjasama Taobao). Aliexpress atau beli secara terus di Taobao. Terkini, Xiaomi turut menawarkan perkhidmatan yang hampir sama melalui ShareSave.
ShareSave adalah laman e-dagang tersendiri Xiaomi. Ia membenarkan pengguna di luar China membeli produk-produk Xiaomi yang hanya terdapat di China dan dihantar ke negara masing-masing. ShareSave turut hadir dengan program diskaun tersendiri seperti Pair-Up, Kickstart dan Drop. Pair-Up membenarkan pengguna membeli-belah dengan rakan dan menerima diskaun bersama-sama, Drop pula adalah diskaun berkumpulan – di mana lagi ramai yang sertai kumpulan ini diskaun sehinggan 100% boleh diterima. Akhir sekali adalah Kickstart, ia adalah seakan program biayasama. Pengguna hanya perlu biaya serendah ~80 sen dan boleh menerima diskaun sehingga 10 kali ganda untuk membeli produk yang dibiaya.
Antara produk yang boleh dibeli di ShareSave adalah produk-produk Xiaomi yang bekerjasama dengan syarikat lain. Antaranya, pad tetikus dengan penegcasan nirwayar MIIW, lampu-lampu pintar Yeelight, aksesori gajet bcase, berus gigi Dr. Bei, jam tangan mekanikal CIGA X dan banyak lagi produk peranti berhubung dan produk gaya hidup.
Buat masa ini, ia hanya hadir buat pengguna di India. Mereka turut merancang untuk mengembangkan ShareSave kepada pasaran lain di masa akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WgHNAF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment