Lepasan SPM ,Sila Elak 10 Jurusan tak Berguna ini
Geng engineering jangan marah pulak kami tulis macamni. Jujurla dengan diri sendiri , berapa ramai yang kerja kilang lepas hampa grad? Adik -adik jangan ulang kesalahan kami ni ! 🙂
Terdapat sebuah artikel dari blog media TheVocket yang bertajuk “Lepasan SPM Mohon Elakkan 10 Jurusan Tidak Berguna Ketika Musim Gawat Ini” yang mana agak ramai orang kongsikan di media sosial lantas mengundang kemarahan di kalangan warga maya. Ini kerana 10 jurusan tersebut bukan sahaja dilabelkan sebagai tidak berguna, malah data statistik yang digunakan juga bukan data yang diambil berdasarkan negara Malaysia tapi US.
Jurusan yang dilabelkan tidak berguna mengikut data US adalah seperti di bawah, dan aku akan bagitau kenapa ia tidaklah tidak berguna seperti yang ditulis setelah disesuaikan mengikut persekitaran di Malaysia.
10. Jurusan Keadilan Jenayah dan Perlindungan Kebakaran
Pertama sekali, kursus ini bukannya tidak berguna, tapi tidak wujud pun di universiti2 di Malaysia. Yang paling hampir mungkin adalah Jurusan Undang-Undang bagi Jurusan Keadilan Jenayah, manakala Jurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan pula lebih hampir kepada Jurusan Perlindungan Kebakaran. Dan kedua2 jurusan ini, memang banyak jenis pekerjaan yang boleh diceburi seperti peguam, pegawai keselamatan dan kesihatan, polis, bomba dan lain2 yang berkaitan.
9. Jurusan Sains Komputer
Jurusan ini memang terlalu ramai orang yang mengambilnya, baik peringkat Sarjana Muda di universiti awam, swasta, mahupun peringkat yang lebih rendah seperti Diploma di kolej2 dan politeknik2, dan ia adalah salah satu kerjaya yang agak demanding juga, kerana kebanyakan jabatan dan syarikat pasti wujud IT Department untuk support proses kerja mereka.
Walaupun kadangkala kerja di bidang IT ni agak sucks, tapi ia bukanlah tidak berguna malah sangat berguna, cuma bergantung kepada macam mana anda bersaing dengan lambakan graduan2 lain untuk mendapatkan tempat dalam sektor pekerjaan.
8. Jurusan Komunikasi dan Media Massa
Siapa kata jurusan ini yang juga lebih popular dengan nama mass comm. ini tidak berguna? Habis tu yang berlambak2 bekerja di syarikat penyiaran, penerbitan dan media massa itu siapa kalau bukan graduan dari jurusan Komunikasi dan Media Massa?
Malah jurusan ini skop kerjayanya lebih besar, kerana mereka boleh jadi wartawan, jurnalis, pembaca berita, editor, penerbit, artis, penulis skrip, pegawai perhubungan awam, produser, MC, DJ, VJ dan macam2 lagi, plus dengan industri hiburan dan media ini memang kegilaan masyarakat Malaysia, ia masih lagi jurusan yang berguna walau ketika musim gawat.
7. Jurusan Kejuruteraan Kimia
Walaupun Jurusan Kejuruteraan Kimia ini job demandingnya tidak banyak, kerana fokus kerjaya mereka lebih kepada Jurutera yang melibatkan bahan kimia, namun masih banyak industri besar yang memerlukan para graduan Jurusan ini seperti industri oil and gas, perkilangan, pembuatan dan lain2 lagi.
Paling teruk pun kalau tiada kerja juga, mereka masih boleh menjadi pensyarah atau menyambung kursus KPLI seterusnya menjadi cikgu matapelajaran Kimia dan Sains di sekolah menengah.
6. Jurusan Kejuruteraan Awam
Dalam banyak2 cabang Kejuruteraan, bagi aku Kejuruteraan Awam antara yang paling banyak demanding selepas Elektrik/Elektronik. Ini kerana selagi ada pembangunan infrastruktur di Malaysia ini, tidak kiralah pembangunan rumah, bangunan pejabat kerajaan/swasta, jambatan, jalanraya, lebuhraya, sekolah dan lain2 lagi, selagi itu Jurutera Awam ini diperlukan dan kekal relevan.
Malah kalau tak dapat kerja pun, mereka boleh tubuhkan syarikat kontraktor sendiri dan ambil kerja buat pengubahsuaian rumah, bangunan, jalan dan lain2. So aku tak pasti tang mana yang tidak berguna tu.
5. Jurusan Kerja Sosial/Kebajikan/Kemasyarakatan
Di Malaysia ada jurusan Sains Sosial, Sains Kemasyarakatan dan Sains Kemanusiaan. Aku pun kurang pasti apa prospek kerajaya bagi graduan2 jurusan ini, namun ia menjurus kepada pekerjaan yang melibatkan manusia, persekitaran dan masyarakat seperti pegawai tadbir, penyelidik sosial, ahli akademik, guru, ahli geografi, sejarahwan, pustakawan, pemikir, jurnalis dan lain2 kerja dalam bidang pentadbiran serta aktiviti kemasyarakatan.
4. Jurusan Seni Komersil dan Rekabentuk Grafik
Masalah yang dihadapi oleh graduan rekabentuk seni grafik ini lebih kurang sama dengan graduan sains komputer, so boleh baca pula “10 Sebab Kenapa Aku Menyesal Belajar Graphic Design”. Market banyak, tapi persaingan dia sangat tough. Korang boleh bekerja dalam apa jua cabang seni grafik, multimedia, animasi, audio visual, syarikat advertising dan macam2 lagi, dan kalau korang bijak lagi, korang boleh buka sendiri syarikat grafik anda sendiri, so jurusan ini sebenarnya agak berguna walau di waktu gawat.
3. Jurusan Komputer dan Sistem Informasi
Jurusan Komputer dan Sistem Informasi (IT) ini lebih kurang sama dengan Jurusan Sains Komputer, so pointnya sama sahaja seperti di atas. Cuma aku nak tambah, jurusan ICT nampak je macam kecik tapi sebenarnya banyak cabang, antaranya Pembangunan Sistem, Rangkaian, Kejuruteraan Perisian, Keselamatan ICT, Pengurusan Pusat Data, Pangkalan Data, Pentadbiran Sistem dan lain2, dan siapa yang menguasai lebih dari satu cabang maka sebenarnya peluang kerjaya mereka lebih cerah.
2. Jurusan Pemasaran dan Kajian Pasaran
Di Malaysia, jurusan yang serupa ditawarkan adalah Jurusan Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran). Dan sekali lagi aku cakap, graduan dalam business, sales dan marketing ni sebenarnya masih laku dan banyak ruang kerjaya. Ini kerana boleh dikatakan semua syarikat terutama syarikat2 yang besar memerlukan orang untuk membuat kerja2 sales dan marketing produk dan perniagaannya, dan itulah tugas bagi graduan jurusan ini.
Malah mereka juga boleh masuk dalam jawatan pegawai akaun, ekonomi, logistik dan lain2 yang berkaitan pentadbiran perniagaan. Dan kalau susah sangat nak dapat kerja, mereka adalah orang yang paling mudah untuk membuka perniagaan sendiri kerana sudah belajar segala benda mengenai perniagaan.
1. Jurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Perjawatan
Ini bagi aku paling mengarut. Jurusan Sumber Manusia ini langsung bukan tidak berguna, malah sangat berguna dan masih relevan. Ini kerana boleh dikatakan semua syarikat tak kira dalam industri dan sektor apa sekalipun, pasti ada Bahagian Sumber Manusia yang perlu menguruskan hal2 ehwal berkaitan organisasi syarikat serta pekerja, malah Pegawai Sumber Manusia adalah orang yang paling penting dalam sesebuah pentadbiran syarikat.
Merekalah yang akan menentukan berapa ramai pekerja yang boleh diambil, jawatan apa yang perlu diambil dan sebagainya. So hatta anda seorang doktor, atau jurutera, atau system analyst, atau operator kilang, atau apa2 sahaja, pegawai sumber manusialah yang menguruskan anda.
Akhir kata, there is no such thing as useless course. Semua jurusan sebenarnya adalah berguna, kerana ia ada tempat dan prospek kerjaya masing2. Malah yang menentukan suatu kursus itu berguna atau tidak bukan kursus itu sendiri, tapi orang yang belajar dalam jurusan tersebut.
Jika anda memang minat terhadap kursus tersebut lantas belajar bersungguh dan mendapat keputusan yang sangat cemerlang, pasti jurusan itu amat berguna untuk diri anda, tapi jika anda menamatkan pengajian dengan kepujian kelas ketiga atau gagal mendapat kepujian (CGPA bawah 2.0), maka sudah tentu sebagus mana jurusan itu, ia akan menjadi tidak berguna buat anda.
kredit buasirotak
The post Lepasan SPM ,Sila Elak 10 Jurusan tak Berguna ini appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HxZeJD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment