Google Pixel 3 Lite Tertiris – Snapdragon 670, Storan 32GB, Rekaan Bingkai Tebal
Google Pixel 3 Lite dan Pixel 3 XL Lite adalah dua telefon pintar kelas pertengahan daripada Google yang dijangkakan akan hadir pada tahun ini. Sudah banyak ura-ura mengenai dua telefon pintar ini, hari ini ulasan ringkas Pixel 3 Lite tertiris di arena web dan telah memperlihatkan spesifikasi penuh buat peranti ini.
Melalui video yang tertiris ini, Pixel 3 Lite dijana dengan Snapdragon 670 yang dipadankan dengan memori 4GB RAM dan 32GB storan dalaman. Ya, agak kecil jika dibandingkan dengan peranti kelas pertengahan yang lain. Skrin adalah 5.56-inci FHD+ (panel tidak diketahui lagi), kamera utama 12.2-megapixel, satu kamera swafoto 8-megapixel dan bateri yang kecil seakan ‘abangnya’ 2915mAh.
Bahan binaan Pixel 3 Lite ini adalah plastik dan tidak menggunakan gabungan besi + kaca seperti Pixel 3/Pixel 3 XL. Pembesar suara pula diletakkan di bawah peranti bersama-sama dengan port USB-C dan sayang sekali pembesar suaranya adalah mono – bukan stereo. Terdapat butang kuasa berwarna di sisi kanan bersama-sama dengan butang suara dan sisi kiri adalah slot sim. Seperti yang tertiris sebelum ini, Pixel 3 Lite mempunyai port bicu audio di bahagian atas.
Menurut pengulas di dalam video yang diterbitkan ini, jangka hayat bateri Pixel 3 Lite dikatakan adalah hampir sama dengan Pixel 3. Menariknya, walaupun Pixel 3 Lite ini kekurangan sensor autofokus tambahan seperti Pixel 3 – hasil gambar yang diambil dikatakan bersaing dengan Pixel 3. Tambahan lagi, menurut sumber – Pixel 3 Lite akan dilancarkan selepas acara Google I/O 2019, iaitu selepas bulan Mei kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2stGVuK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment